Wednesday 25 April 2012

Parasit-Parasit di KUIN


Sebelum Wak mulakan bicara isu para parasit ini, ingin Wak tunjukkan kepada semua sedikit rujukan atau bukti bahawa Dato Seri Azizan ialah PENIPU.

Jika tiada angin mana pokok bergoyang wahai MB kedah yang serba tak tahu. Menurut maklumat yang dibekalkan kepada Wak hutang tertunggak KUIN sudah mencecah lebih dari 2 Juta pada Mac lalu. Sehinggakan KUIN terpaksa meminjam wang daripada SADA untuk menjelaskan bayaran tertunggak itu. Inilah sikap penipu MB Kedah yang serba tak tahu dimasa sama menggelar diri mereka Ulama tetapi  menipu untuk kepentingan diri dan politik mereka. Wak kecewa kerana MB tak telus didalam jawapannya kepada soalan yang diajukan. Ini bukti jelas bahawa PAS hanya tahu bercakap, berjanji dan berceramah tetapi TAK TAHU MENTADBIR..


Berbalik kepada isu sebenar yang mana Wak telah berjaya mendapatkan sedikit maklumat ringkas berkaitan Parasit-parasit di KUIN ini yang mana mereka inilah yang menjahanamkan serta mengganggu gugat KUIN yang selama ini aman dan tenteram



Ahmad Skhri Ramli
Berjawatan sebagai Financial Controller di Insaniah Holding Sdn. Bhd.

2 isu utama berkaitan berkaitan beliau ialah mengenai kenaikkan gaji yang melampau dan disyaki pernah terlibat dalam jenayah pecah amanah

Tahun pertama beliau mendaftar masuk ke KUIN beliau ditawarkan gaji RM 2500. Tahun kedua pula beliau mendapat kenaikkan gaji sebanyak 80% menjadikan gaji beliau berada pada RM 4500. Tahun ketiga pula beliau mendapat lagi kenaikkan sebanyak 88.9% menjadikan gajinya kini berjumlah RM 8000. Adakah logik bila kita fikirkan kenaikkan gaji pada setiap tahun dengan kadar yang cukup tinggi seperti ini. Logik jika Insaniah Holding ini mendapat untung 10 juta setahun. Tetapi Insaniah Holding sehinggakan kini masih bergantung kepada KUIN dari segi Kewangan dan mereka tak mampu mencapai keuntungan walaupun telah ditubuhkan hampir 4 tahun.

Beliau juga disyaki terlibat didalam isu pecah amanah oleh SC (Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) dimana email yang Wak dapat turut disertakan dengan link dari laman web SC. Disini Wak sertakan buktinya untuk tatapan anda semua
Ini pendedahan Parasit pertama KUIN yang Wak dedahkan. Parasit-parasit lain bakal dilondehkan didalam masa terdekat. .Mungkin ramai yang menyangka Wak akan mendedahkan mengenai Jamil atau Azizan didalam pendedahan Parasit di KUIN ini. Sabar yer semua. Klimaks cerita ini nanti ialah pendedahan mengenai mereka berdua.

WAK: Ada jawatan kosong di Insaniah Holding tak? Wak nak mohon. Ada rezeki boleh dapat kenaikkan gaji setiap tahun. hihihi