Thursday 7 June 2012

Kuin Oh Kuin! Dahulu Bil Perubatan Klinik Sekarang Ni Bil Internet Pula


Difahamkan Bil Internet di Kuin tak dibayar dan telah dipotong. Ini menyebabkan kakitangan Kuin tak boleh buat kerja kerana capaian ke Sistem menggunakan Internet. Segala proses permohonan pelajar baru dan lain-lain proses tak boleh dilakukan. Ini 1 lagi tamparan hebat kepada Pengurusan Kuin yang diterajui oleh Pengerusinya iaitu Azizan Razak. Semasa Ketua Pembangkang DUN Kedah mendedahkan permasalahan berkaitan Bil Perubatan Azizan dah kena. Bil Internet ni nak jawab apa pula wahai MB kedah yang kuat tidur?

Kata tak ada masalah kewangan, tetapi bil internet pun tak mampu bayar ke? Wak difahamkan bahawa ada bil-bil lain juga sedang menunggu hari untuk dipotong. Khabar lain dari Kampus stargate ada menyatakan bahawa bil air telah dipotong di kampus tersebut. Bil elektrik pula dah dapat surat merah. Apa nak jadi dengan Kuin ni?


WAK: Wak akan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pemotongan bekalan air dan Internet ini. Harap bersabar ye semua. Kita bongkar semuanya.Tapi ada sumber menyatakan bahawa ianya berpunca daripada parasit ke -3 Kuin iaitu saudara Mansor.
Nak beri pendidikan percuma dengan mansuhkan PTPTN? Unisel dah kena. PTPTN dah tak bagi pinjaman kepada pelajarnya. Mungkin lepas ini Kuin pula?