Thursday 4 April 2013

Pendedahan Pertama Kroni di KUIN




Prof. Dr. Mohd. Muslim Bin Mohd Yusoff merupakan Dekan Fakulti Kejuruteraan KUIN. Fakulti yang mempunyai bilangan pelajar yang sangat mendukacitakan. Beliau adalah kroni rapat Jamil dan Azizan (JAZAN). Selepas kedatangan beliau ke KUIN beliau turut membawa bersama isterinya Dr. faridah Bt. Abu Hassan yang telah dilantik sebagai Dekan Asasi KUIN. Selepas itu pula beliau membawa menantunya Mohd. Dzahiril Bin Abdul Samad yang terus dilantik sebagai Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan KUIN. Senang jer dia buat KUIN tu macam milik keluarga dia. Muslim juga merupakan Pengarah Pembangunan Kampus KUIN Kuala Ketil dan beliaulah yang bertanggungjawab dalam urusan antara KUIN – Kerajaan Negeri BDB. Isu Kampus KUIN tanpa Asrama dan Masjid sepatutnya dijawab oleh beliau selaku Pengarah yang bertanggungjawab penuh dari mula perancangan sehingga siap sepenuhnya. Kisah yang menarik antara keakraban beliau, Jamil Azizan dan Pengarah Urusan BDB, Dato’ Jahubar Sathik Bin Abdul Razak dimana anak beliau Sakinah Bt. Mohd Muslim telah diambil berkerja di Kedah Holdings(anak syarikat BDB) sebagai Eksekutif Projek manakala anak Dato’ Jahubar Sathik iaitu Dr. Hassan Basri telah dilantik sebagai Pensyarah di Fakulti Perubatan KUIN. Pi mai pi mai tang tu.

(Keluarga Mereka)


(Bukti Sakinah di BDB)

 
  (Kolej Universiti I Na)


WAK: Khabarnya ada lagi suku sakat dia dalam KUIN. Tapi tak dapat maklumat lengkap lagi. Ini baru pendedahan pertama. Selepas ini akan ada banyak lagi pendedahan kroni di KUIN. Senangnya mereka bawa kaum kerabat mereka ke KUIN. Mengikut senarai pendek yang Wak dapat ada 40 orang kroni berjawatan di KUIN. Tunggu masa kita dedahkan mereka. JOM UBAH KEDAH,