Tuesday 3 July 2012

Demo KUIN berjaya TETAPI?

Tahniah Wak ucapkan kepada semua Warga KUIN yang telah mengadakan Demo untuk mendesak Jamil berundur dari Jawatan Rektor yang disandangnya. Wak tak sempat nak ambil gambar kerana hujan dan pintu pagar dah dipenuhi wartawan lain. Tapi nasib baik ada hamba Allah yang emailkan gambar kepada WAK. Terima Kasih Wak ucapkan.

Berapi dan Panas walaupun didalam hujan. Itu kata-kata Wak untuk menggambarkan suasana tadi. Jika ada speaker yang lebih besar mungkin lebih sedap. Kat luar ni pun ramai orang tapi tak berapa jelas apa yang diperkatakan. Wak kagum dengan anda semua. Walaupun hujan tetapi anda tetap berdiri melaungkan 'Jamil Letak Jawatan'.

Tapi ada sesuatu yang bermain di fikiran Wak. Adakah dengan segala tindakan anda ini, Jamil akan berundur? Ataupun Jamil dipecat? Bagaimana pula jika beliau masih kekal di kerusi empuknya itu?
Adakah selepas ini anda semua akan berkumpul untuk mendesak Azizan pula meletak jawatan? Ataupun mungkin pasrah dan hanya menunggu pilihanraya akan datang untuk menentukan masa depan anda?

Jawapannya ada pada anda. Fikirlah sendiri.





WAK: Semangat kakitangan KUIN membakar semangat Wak untuk mendedahkan lebih banyak kemungkaran mereka ini.