Sunday 19 February 2012

Jamil Dihina MB Butakan Mata?

 
(sumber malaysiakini)
- http://malaysiakini.com/news/189638


Wak agak tersentuh hati dengan gambar diatas. Jika kita tak suka kepada seseorang itu tak perlulah dibuat sampai ke tahap macam ini. WAK MENGUTUK TINDAKAN PELAJAR KUIN ini kerana tak perlu sama sekali gambar seorang muslim itu dipakaikan kalung bunga seperti yang dilakukan bangsa lain. Dan Wak juga terkejut kerana pelajar-pelajar yang menyertai demo ini rata-ratanya ialah dari fakulti pengajian islam KUIN. Bagi Wak sudah semestinya mereka ini lebih bijak pandai didalam bab hukum agama. Tetapi kenapa perlu berlaku perkara seperti ini?  Ini membuktikan bahawa pelajar KUIN itu sendiri semakin rosak dibawah pemerintahan Azizan dan Jamil.
        (pelajar-pelajar KUIN yang berdemo didepan Wisma Darul Aman)

Wak: Pelajar-pelajar KUIN, Wak bukannya menyokong tindakan Jamil dan Azizan. Wak menentang mereka. (Tak percaya sila baca artikel yang ditulis Wak di blog ini). Wak juga menyokong anda semua apabila anda teraniaya. Dan wak takkan menyokong anda yang bersama SMM ini kerana mereka ini bukannya pembela mahasiswa tetapi merupakan robot parti politik. Ada sesuatu yang sedang mereka rancangkan. Jangan sesekali terjerat dengan mereka.

Wak bersama anda para mahasiswa yang sayangkan KUIN.
Wak bersama anda para kakitangan KUIN yang dizalimi
dan Wak akan terus berjuang demi menyelamatkan KUIN dari kerakusan Jamil dan Azizan.