Sunday 26 February 2012

Kerajaan perpaduan di Kedah?

Wak ada menerima beberapa e-mail dan sms dari rakan-rakan yang mengkhabarkan akan berlaku kerajaan perpaduan di Kedah dimana PAS + BN Kedah. Dan Wak harap apa yang digembar-gemburkan ini tak benar kerana kami para blogger yang memerah keringat dalam mengetengahkan isu-isu di Kedah secara jujurnya tak bersetuju dengan perkara ini. Banyak yang telah dirangka dan banyak lagi pendedahan-pendedahan yang akan dilakukan oleh kami. Semuanya sedang berjalan lancar dan bagi Wak sendiri pendedahan MEGA yang sedang Wak usahakan mungkin akan tengelamkan isu-isu lain di Kedah ini.

Ingat lagi semasa kita menghulur tangan persahabatan mereka menolaknya tetapi sekarang ini mereka pula tersipu malu datang kepada kita. Bukan berlagak atau sombong tetapi biarlah ianya terjalin selepas pilihanraya kerana kita berada dilandasan yang betul untuk mencapai kemenangan di Kedah. Sekian