Tuesday 3 April 2012

Mansuh PTPTN bererti pendidikan percuma di peringkat IPT

Wak terpanggil untuk menulis isu ini dimana ramai mahasiswa-mahasiswa mudah termakan dengan janji bulan dan bintang daripada PR ini. Kira-kira untuk Wak ialah mudah sahaja, jika pihak PR nak memansuhkan PTPTN maka yuran pengajian IPTA akan ditanggung kerajaan sepenuhnya. Bagaimana pula PTPTN bagi IPTS? Adakah ianya juga akan ditanggung oleh pihak kerajaan? Dan jika benar mereka bersungguh-sungguh menjanjikan ia Wak mencabar mereka memansuhkan dahulu yuran pengajian di peringkat IPT miik penuh Kerajaan Negeri yang mereka tadbir. Di Selangor ada Unisel manakala di Kedah ada KUIN. Buktikan dahulu baru bercakap seperti wira.

Wak: nota ringkas yang Wak dapat dari KUIN ialah sejak PR perintah Kedah yuran KUIN dah naik beberapa kali. FIKIR-FIKIRLAH WAHAI PENGUNDI MUDA.