Monday, 21 May 2012
INSANIAH HOLDING
"Kami ni dengaq holding pun dah meluat". Inilah ungkapan dari seorang kakitangan KUIN yang Wak sempat temubual sebentar tadi. Rupa-rupanya Insaniah holding ini berniaga tak untung dan gaji kakitangannya sehingga kini ditanggung oleh KUIN. Patut la KUIN terjerumus dalam masalah kewangan. Rupa-rupanya terpaksa tanggung kroni-kroni di Insaniah Holding. Untuk pengetahuan semua pendedahan Wak sebelum ini berkaitan gaji tak masuk akal di KUIN sebenarnya ialah gaji kakitangan Insaniah Holding. KLIK SINI. Jika mereka ini dilantik dibawah KUIN maka mereka terpaksa mengikut skim gaji kerajaan, jadi azizan dan jamil telah berpakat dan menubuhkan Holding untuk tempat 'melonggokkan' kroni masing-masing. Apabila telah dilantik dibawah holding ini maka sebahagian kakitangan ini 'dipinjamkan' ke jawatan-jawatan penting di KUIN seperti perhubungan awam, fakulti-fakulti dan beberapa bahagian yang lain. Kata beliau lagi KUIN boleh keluar dari permasalahan kewangan jika Holding ditutup atau dilepaskan dari tanggungan KUIN.
WAK: Wak nak berkerja di Holding juga. hihihi