Isu permasalahan KUIN kini milik rakan WAK iaitu blogger kedahan69ers. Wak kini diberi tugas untuk melakukan pendedahan berkaitan isu BALAK di Kedah. Wak masih menunggu rayuan Wak untuk kekal menulis isu KUIN kerana Wak agak kecewa dengan apa yang berlaku ini. Memang benar isu ini perlukan liputan dan olahan dari blogger yang berpengalaman. Wak tak nafikan yang Wak baru setahun jagung dalam menulis ini dan Wak juga tak menafikan mereka yang lain itu lebih baik dari Wak. Kepada warga KUIN, Wak mengucapkan terima kasih diatas maklumat yang anda beri. Jangan risau rahsia diantara kita kekal rahsia. Identiti anda sebagai pemberi maklumat juga Wak akan tetap pelihara. Jamil dan Azizan takkan tahu siapa anda. Ini janji Wak. Sekian.
WAK: Wak akan bercuti sementara dari menulis di blog ini. Tetapi Wak masih berharap dapat menulis isu KUIN lagi. Nampaknya selepas ini isu kerakusan rejim PAS kedah meratah balak di baling, pedu dan beberapa tempat yang lain pula bakal Wak hidangkan kepada anda.