Monday 7 May 2012

PERANCANGAN KHAS AZIZAN DAN JAMIL



Setelah 2 orang parasit KUIN telah Wak dedahkan kini Wak nak alihkan sebentar ke 1 isu yang lebih gempar dan mengejutkan. Wak menerima email dari seseorang, yang menyatakan bahawa Azizan Razak dan Jamil kini sedang menjalankan satu operasi khas untuk menolak Pendaftar KUIN keluar. Ini kerana Pendaftar dilihat sebagai halangan terbesar mereka dalam menjalankan misi merobek isi KUIN. Pendaftar KUIN ini merupakan antara orang awal yang menubuhkan KUIN dahulu. Menurut maklumat yang Wak terima Pendaftar KUIN iaitu HAJI MOHD. NAJIB BIN HAJI ABDULLAH merupakan antara pengasas KUIN yang masih berkhidmat. Misi Azizan dan Jamil dilihat semakin berjaya dengan menangguhkan atau berkemungkinan besar tidak mengguna pakai had umur berpencen 60 tahun. Ini akan membolehkan mereka meletakkan calon mereka(boneka) di jawatan itu. Mudahlah kerja Azizan dan Jamil didalam mengatur strategi mereka merompak KUIN. KUIN bakal menjadi KepUnyaan INsan tertentu. 

 (AZIZAN: kita janji yer 50%/50%
JAMIL: Ya Ya, Jangan risau)

(Jom kita tengok perkembangan projek dan kroni kita)



WAK: kasihan kepada kakitangan KUIN yang semakin hari semakin tertekan dengan permainan Azizan dan Jamil. Ingatlah anda berdua bahawa doa para hafiz dan doa orang yang dizalimi ini insyaallah dimakbulkan Allah S.W.T
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah".

(H.R. Bukhari dan Muslim)