Semakin hari semakin banyak
kezaliman yang dilakukan pentadbiran KUIN terbongkar. Walaupun isu
pemecatan Ustaz Idrus Ismail sebagai Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran
telah setahun berlalu, namun hari ini baru timbul bahawa bukan Ustaz
Idrus sahaja yang didapati bersalah kerana membuat kenyataan media,
bahkan Dekan Kuliah al-Quran Prof. Madya Azharudin Sahil juga turut
didapati bersalah oleh panel siasatan yang ditubuhkan untuk menyiasat
isu demonstrasi Kuliah al-Quran setahun yang lalu. Panel tersebut yang
dianggotai oleh Prof. Dr Md Shuaib Che Din selaku Pengerusi, Hj Najib
bin Abdullah selaku AJK dan Nadia Murshida Abd Azzis selaku Setiausaha
merumuskan bahawa :
" di dalam tindakan ini,
didapati bahawa timbalan dekan dan dekan tidak mematuhi peruntukan
undang-undang di atas dan kecuaian atau keingkaran yang dilakukan
adalah bersalahan dengan peraturan tersebut. Panel siasatan mencadangkan
agar staf terlibat dirujuk ke jawatankuasa tatatertib untuk tindakan
selanjunya".
Persoalannya ialah, kenapa hanya
Ustaz Idrus bin Ismail selaku Timbalan Dekan pada waktu itu sahaja yang
dikenakan tindakan dengan ditamatkan jawatan beliau serta merta
sedangkan tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas Prof Madya
Azharudin Sahil sebagai Dekan?....
WAK: Kenapa hanya seorang yang dikenakan tindakan? Jawapan Wak ialah kerana yang seorang itu adik angkat (bukan adikwak) kepada Jamil manakala yang seorang lagi itu bukan sahaja tak ada pertalian dengan Jamil tetapi dengan Azizan pun tak berbau bacang. JAWAPAN ANDA? SILA KOMEN ISU INI. WAK NAK LIHAT JAWAPAN ANDA