Sunday 13 May 2012

Parasit Ke-3 KUIN


Untuk parasit ke-3 ini, Wak sebenarnya tak banyak Maklumat tentang beliau cuma Wak ada link dari beberapa laman web sahaja untuk membuktikan dakwaan Wak ini. CEO Insan System Sdn Bhd iaitu saudara Mansor B. Mahmud merupakan parasit ke-3 yang dibela oleh Jamil dan Azizan di KUIN. Bayangkan beliau mempunyai syarikat sendiri iaitu Allmax System (M) Sdn Bhd yang menjalankan kerja-kerja berkaitan telefon dan juga elektronik manakala syarikat yang ditadbir beliau di KUIN iaitu Insan System Sdn Bhd juga menjalankan perniagaan yang hampir sama. Disini Wak bagi link yang Wak dapat mengenai beliau:



Di Insan System Beliau memperolehi gaji sebanyak RM 12,000 (boleh rujuk pendedahan Wak sebelum ini) - http://adikwak.blogspot.com/2012/03/kedah-mendahului-selangor.html
Tetapi dalam masa sama beliau turut menjalankan perniagaan yang hampir serupa melalui syarikat beliau sendiri. Insan System mengalami kerugian didalam perniagaannya tetapi apa yang dilakukan oleh CEO ini untuk memulihkannya? Dan dalam masa yang sama syarikat yang diterajui oleh beliau pula mencapai keuntungan yang agak besar iaitu sebanyak RM 100,000 ke RM 500,000 untuk 1 tahun. 





Boleh rujuk disini:

dan beliau juga ada sebuah kedai maya yang diberi nama Mansor E-Store:


Renungkanlah bagaimana sesebuah syarikat nak mencapai keuntungan apabila CEO nya menumpukan pada perniagaan sendiri. Di KUIN mungkin beliau makan gaji buta kerana maklumat yang diperolehi Wak ialah  beliau sangat jarang kelihatan di KUIN. Senang ceritanya beliau tak buat kerja dan hanya makan gaji buta.

WAK: semakin hari semakin ramai parasit yang Wak akan dedah. Ingat yer semua, story Ketua Parasit masih belum keluar. Sabar yer. Pada mereka yang merasakan diri itu Parasit di KUIN sila letak jawatan sebelum Wak dedahkan anda.