Dikhabarkan esok akan berlaku demo di perkarangan KUIN dan Azizan kini tak senang duduk sebab ini akan mencalarkan lagi imejnya sebagai MB. Macam-macam isu kini timbul di Kedah dan Azizan semakin terdesak apabila diserang dari dalam dan luar sehinggakan terpaksa bermalam di hospital akibat tekanan ini. Azizan dikhabarkan memanggil Jamil dan beberapa Kakitangan Pengurusan Tertinggi KUIN untuk membincangkan masalah ini. Dari maklumat awal yang sampai kepada Wak ialah Azizan mengarahkan Jamil segera menyelesaikan masalah ini. Azizan mengarahkan Jamil bayar 13% untuk tutup mulut kakitangan. Tentang tunggakan bank tu akan dibayar selepas dapat duit PTPTN nanti. Azizan juga mungkin dah penat nak menjawab apabila sering diasak dari pelbagai sudut berkaitan isu KUIN ini. Selepas dah reda sikit baru Azizan benarkan Jamil swastakan KUIN. Jika benar maklumat yang Wak terima ini maka kakitangan KUIN boleh tersenyum kerana perjuangan mereka menuntut hak mereka akan tercapai. Walaupun tak semua tetapi cukup untuk peringkat ini. Lepas ni desak lagi berkaitan isu lain. Isu Insaniah Holding dan lain-lain tu akan menyusul.
WAK: Ingat gula-gula azizan dan Jamil ini boleh dimakan tetapi tak boleh disimpan nanti cair. Rembat dulu apa yang depa nak bagi. Azizan dan Jamil jer yang kena pantang makan.