Wednesday 25 July 2012

Kakitangan KUIN bakal terima hak mereka?

Wak menerima kiriman email dari seorang kakitangan KUIN menyatakan mereka kini lebih tertekan apabila Perdana Menteri mengumumkan bonus setengah bulan kepada para kakitangan awam. Mereka merasakan bahawa mereka kini tidak lagi mempunyai semangat untuk berkerja. Gula-gula dari Jamil khabarnya langsung tak rasa manis. Balik awal pukul 4 petang manakala waktu rehat pula dipendekkan kepada hanya 30 minit. Ini bukan apa yang mereka minta. Mereka nakkan kenaikkan gaji 13 peratus. Mereka nakkan hak sebagai kakitangan awam. Bukannya gula-gula expired yang Jamil beri itu.

WAK: Agak-agak kenapa Jamil masih berkeras dan menafikan hak kakitangan KUIN? Wak tahu. Ini semua hanya kerana tak mahu Tuan Haji Najib kekal di kerusi Pendaftar. Hanya kerana itu habis semua hak kakitangan KUIN direntap. Jamil, Bertaubatlah kamu dan mohon maaf kepada semua kakitangan KUIN yang telah kamu aniaya dan jangan lupa untuk memohon maaf kepada Tuan Haji Najib dan En. Yusuf yang telah kamu buang dari KUIN. Ingat ya Jamil, balasan ALLAH SWT tak tau bila. Mungkin hari ini kamu bergembira mungkin esok kamu berduka.
Jom Ubah Kedah