Apa yang mencurigakan ialah setelah keluarnya keputusan peperiksaan semester pertama, Ramzul berjaya merangkul serta meraih keputusan yang amat-amat terlalu cemerlang iaitu 3.8 (awat tak bagi 4.0 ja Bapak Indon) sedangkan pelajar lain yang sememangnya berpendidikan dalam bidang al-quran sejak dari peringkat diploma dan sudah menghafaz 30 juzuk al-quran pun hanya mendapat 3.6, 3.7 dan 3.8 saja. Ramzul hanya perlu menghafaz surah al-mulk sahaja (itu pun rasa2 tak habis satu surah kot) untuk memperolehi pointer 3.8. Nanti bila dah dapat master boleh lah Ramzul mengajar di KAQ dengan keputusannya yang cemerlang itu (lingkupweng lah KAQ nanti). Pesanan buat Bapak Dekan, nak buat baik pun berpada-padalah. Perkara ini akan kita panjangkan kepada pihak MQA dan pihak KPT. Minta MQA dan KPT rujuk semula skrip jawapan peperiksaan Ramzul and the geng (jawap dalam bahasa melayu, mengaji dalam bahasa arab) supaya segala bentuk salahguna kuasa oleh Bapak Dekan dihentikan. Jangan jadikan KAQ sebagai batu loncatan untuk kroni-kroni jamil mendapat master secara haram.
Walau bagaimanapun ada usaha-usaha tertentu untuk menyelamatkan Ramzul daripada tindakan MQA atau KPT iaitu dengan menyembunyikan skrip jawapan Ramzul. Kita mibnta pihak MQA atau KPT sila bersemuka dengan Ramzul dan minta dia baca al-quran. Kalau dia tak mampu nak baca macam mana dia boleh dapat B sedangkan silibus mewajibkan pelajar menghafaz juzuk 29 keseluruhan untuk sem 1.