Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang Jamil dan Azizan, bukan kerana nama dia Jamil dan Azizan. Kita menentang PAS bukan kerana dia Kerajaan yang memerintah
sekarang. Kita menentang mereka ialah kerana mereka menumpukan pengajian lain dari
pengajian Islam, menjatuhkan martabat Islam, menipu, menafikan hak kita, membela
kroni, jahil dan lain-lain lagi kejahatan. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah
kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi bacul dengan mengamalkan 'Jamil suku, Azizan suku'.
WAK: Marah benar pengirim email ini. Apa puak PAS nak kata dengan amanat Hadi ni. Kena buat penjelasan kat RTM juga ke? JOM UBAH KEDAH