Wednesday 20 February 2013

Wakil KUIN vs Azizan O-O

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh kakitangan KUIN dilihat memberi satu tamparan hebat kepada Azizan Razak. Akibat keceluparan mulut beliau maka beliau sendirilah terima akibatnya. Kemarahan kakitangan KUIN yang bergabung dibawah BERSIH KUIN dilihat tak mampu lagi dihalang Azizan. Dari dalam KUIN mereka telah berani melangkah ke perkarangan Wisma Darul Aman. Rumah Azizan juga dikhabarkan telah mereka jejaki. Mungkin selepas ini Skuad Bersih KUIN bakal membawa sepanduk mereka di DUN Sungai Limau? Azizan sebenarnya tak pernah menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh pihak Bersih KUIN ini. Beliau dilihat lebih gemar putar belit soalan yang diajukan. Wak sempat membuat sedikit analisis antara persoalan yang diajukan oleh Bersih KUIN dan jawapan dari Azizan.

PERSOALAN 1
-Masalah potongan KWSP, Socso, Bank dan lain-lain potongan kepada pihak ketiga membuktikan kewangan KUIN berada ditahap kritikal

Jawapan Azizan
-Biasa la lambat bayar. Kadang-kadang duit peruntukkan lambat disalurkan. Tu yang lambat sikit. Tak ada masalah pun.

Ulasan WAK
-Bila lambat mencarum bermakna sememangnya KUIN ada masalah Kewangan. Peruntukkan lambat atau cepat sebenarnya bukan masalah utama tetapi kemana duit yang telah dipotong dari gaji kakitangan itu pergi? Takkan KUIN bayar gaji tak sediakan sekali duit potongan. Potongan itu ialah ambilan dari gaji pekerja. Hak mereka. Kenapa zaman dahulu tak jadi pun masalah ini? Adakah Azizan dan Kroni tak cekap mentadbir atau sememangnya tak tahu mentadbir? Disitulah perlunya Fixed Deposit atau singkatannya FD. Jika KUIN ada FD ianya boleh dicairkan untuk perbelanjaan wajib. Nanti dapat duit peruntukkan atau yuran pelajar ganti la balik. Itu pun kena ajar ker Azizan hoi. Tak perlu kerah MBI atau SADA untuk tolong bagi pinjam. Dah alang-alang masuk bab FD ni nak tanya juga Azizan kemana hilangnya FD KUIN yang ada zaman BN dl. Habih dah ka hampa sedut atau hampa tak reti nak cayaq? Mustahil hampa tak reti cayaq sebab balak pun hampa rembat cerah.

PERSOALAN 2
-Masalah Insaniah Holding dan Anak-anak syarikat yang mempunyai CEO-CEO bergaji besar sehingga menjangkau RM 35,000 sebulan. Perniagaan yang samar serta lebih didalam kawasan pagar sendiri. Sehingga sekarang KUIN masih tak terima apa-apa bentuk keuntungan kewangan dari anak syarikatnya tetapi setiap bulan anak syarikat yang menyedut KUIN.

Jawapan Azizan
-Depa ingat menega ni macam menega warung tepi jalan ka. Kalau bayaq gaji murah kita tak dapat la kepakaran macam yang ada sekarang. Baru menega ja. Bagi la masa. Tanam pokok cermai pun bukan tanam hari ni esok keluaq buah dah. Sabaq la.

Ulasan WAK
-Azizan ni memang dah nya nyoq. Dia ingat anak syarikat KUIN tu baru tubuh ja kot. Tu la bila org kata MB serba tak tau dia marah. Jamil dok usung teloq hang merata tapi hang x sedaq pun. Apa salahnya jika Azizan arahkan Audit Negeri Kedah siasat dan audit semula KUIN serta anak-anak syarikatnya. Dari situ kita boleh lihat dakwaan Bersih KUIN tu benar ataupun tipu. Jijan oh Jijan. Akai ada tu guna la.

PERSOALAN 3
-Minit mesyuarat palsu yang didakwa dilakukan oleh Jamil dan Kroni sebenarnya ialah isu besar kerana ianya menjadi bahan kes dalam Mahkamah. Pihak Bersih KUIN ada dokumen lengkap berserta akuan sumpah Setiausaha Rektor.

Jawapan Azizan
-Saya tak mau ambik tau isu ni. Ni semua ejen UMNO punya kerja. Tak mau kerja berhenti saja.

Ulasan WAK
-Amboi-amboi-amboi. Sedap ja mulut dia jawab. Tak mau ambik tau. Ish-ish-ish. Jika pendedahan mereka itu benar maka Azizan boleh diheret sekali ke mahkamah apabila ada salah seorang dalang petik nama dia. Mau Jamil nak pekena sapa tau. Dia habaq kata Azizan yg suruh. Mai sapa-sapa pi sokong pulak. Tak pasai hang dok dalam Azizan oi. Otak jangan tinggai kat rumah. Pi mana pun bawak sekali. Dan 1 lagi yang hang dok kait UMNO dalam isu tu. Orang pakat gelak bila hang pi dok jadi Mat Sabu Wilayah Utara. Mat Sabu tu lahir kat dunia pun dia salahkan UMNO. Jika benar ada dakwaan ejen UMNO maka silalah kemukakan bukti. Jangan tuduh ja. Sat lagi depa saman hang baru tau. BERSIH KUIN ini yang Wak tahu ialah Gabungan Pas dan Umno. Depa letak politik tepi dan berjuang atas nama BERSIH KUIN. Umno pun patut saman ja Azizan ni. Orang tanya isu lain dia jawab isu lain. hg bersubahat sekali ka dalam isu minit palsu tu? Awat gelabah pelik ja bila wartawan tanya soalan lain hang jawab lain?

WAK: Cukup kot 3 ni dulu. Yang lain masih Wak sedang kaji lagi. Nanti Wak buka Wakil KUIN vs Azizan 2.0 pula. Rakyat Kedah boleh nilai sendiri perjuangan murni Bersih KUIN dalam menyelamatkan KUIN dan Jawapan Bodoh dari seorang MB. Terimalah bahawa Inilah rupa MB kita yang sebenar. JOM UBAH KEDAH