Sunday, 10 March 2013

Jazan - Shaya'a Satu Konspirasi?

Siapa Shaya'a? Kenapa beliau dikaitkan sama dalam isu KUIN? Bagaimana beliau datang ke KUIN? Jom baca skandal lama tapi dibuka kembali.








Shaya'a ialah bekas CEO Insaniah Holding yang didakwa rugi teruk dari awal penubuhannya lagi. Beliau dikhabarkan datang ke KUIN atas jemputan 2 rakannya iaitu JAZAN. Dan kenapa beliau dikaitkan dalam isu KUIN ini ialah kerana bukti ini:







Nampak tak bukti dari email beliau. Beliau setuju mendermakan RM 1 Juta untuk mendirikan Masjid di Kampus KUIN Kuala Ketil. Tetapi kenapa perlu didermakan wang tersebut sedangkan Masjid sebenarnya telah pun termasuk didalam kos asal yang bernilai RM 330 JUTA. Adakah JAZAN terpaksa meminta bantuan sahabat mereka ini untuk menutup pekung mereka? Dan kemana perginya duit yang didermakan beliau kerana sehingga sekarang tak nampak pun bahawa Masjid tersebut akan terbina. Masuk akaun KUIN dan digunakan untuk tujuan lain? Akaun KUIN atau akaun Insaniah Holding? Ikut katanya di email tersebut beliau akan memindahkan wang sebanyak RM 100,000 sebulan maka selama ini dijangkakan lebih dari RM 600,000 telah diterima oleh pihak KUIN. Tetapi dimanakah MASJID tersebut? Dimanakah wang tersebut? Akan ada lagi pendedahan tentang mereka ini selepas ini.



WAK: Pihak BERSIH KUIN perlu melaporkan kepada SPRM kerana terbukti ada unsur-unsur penyelewengan dalam isu ini. JOM UBAH KEDAH