Jika pihak KUIN didapati bersalah mengganggu proses pembelajaran pelajarnya maka KUIN (Kolej Universiti Insaniah) bakal diturunkan pangkat kepada KOIN (Kolej Insaniah). Ini adalah antara hukuman berat selain menutup terus sesebuah IPT yg dibuktikan bersalah. Ni bukan Wak saja reka. Ini kenyataan Menteri Pengajian Tinggi.
Tindakan KPT ini tepat pada masanya. Mereka bertindak ekoran beberapa laporan akhbar dan laporan terus Kakitangan, Waris dan Pelajar kepada pihak mereka. Ada waris yang pernah pergi sendiri ke Putrajaya untuk melaporkan permasalahan KUIN ini. Maka Wak boleh andaikan bahawa masalah KUIN ini bukan lagi masalah kecil. KUIN tidak lagi menjaga kebajikan kakitangan dan pelajar. Hutang KUIN bertambah dari hari ke hari. Jamil lari dan Azizan pula tak ambil peduli maka nasib KUIN bakal berubah menjadi KOIN. Adakah rakyat Kedah boleh terima KOIN?
Teringgin nak buat Universiti,
Tetapi angkuh tak bertempat,
Bila kemungkaran merasuk diri,
Maka silalah terima akibat.
WAK: KUIN lingkup bawah PAS KEDAH. Kalau KUIN bertukar menjadi KOIN, JAZAN nak jawab apa. JAZAN punca utama KUIN bermasalah. BERSIH KUIN >>> TOLAK JAZAN. Tapi yang paling penting JOM UBAH KEDAH