Tuesday, 21 May 2013

Mukhriz Tegas, Himpunan Haram Wajib Ditolak




MB Kedah Datuk Mukhriz dengan tegas menyatakan TIDAK akan benarkan Anwar mengadakan Himpunan HARAM 505 di Stadium Sultan Abdul Halim selasa ini. BUKAN kerana menafikan hak rakyat untuk berhimpun TAPI kerana pengisiannya yang bersifat menghasut.


"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.

"Kalau setakat nak berhimpun tidak ada masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," 

"Kita sudah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," SINAR




WAK SOKONG dan SETUJU keputusan yang dibuat oleh MB Mukhriz ! TAHNIAH ! Sudah tiba masanya kerajaan mengambil satu pendekatan yang tegas terhadap Anwar. Paling tidak pun, rakyat mahu melihat kerajaan yang ada BERANI bertindak demi menegakkan undang2.

Serius ni, Wak HAIRAN TERAMAT HAIRAN ! Katanya himpunan 505 ni HARAM, tidak ada permit tapi kenapa Anwar BEBAS meneruskan siri2 himpunan selama seminggu dua ini ?

HARAM disisi undang2 tapi tidak dikenakan tindakan jika diteruskan ? 

Berulangkali pertanyaan ini ditanya oleh rakyat - Adakah Anwar ini KEBAL dari undang2 negara ?

Apakah seseorang yang punya pengaruh besar dilayan LAIN berbanding rakyat biasa ? Bukankah undang2 tidak membezakan pangkat seseorang ?

Jika Polis sudah katakan yang Himpun 505 ini HARAM diteruskan di satu2 tempat tapi kerajaan negeri pula mengizinkan ia diteruskan samada ditempat sama atau ditukar ke tempat lain, tidakkah kerajaan negeri turut bersyubahat ?

Kemudian semua media pula bebas melaporkan aktiviti HARAM yang berlaku ...... ?


Boleh sesiapa dipihak kerajaan tolong jelaskan perkara ini ? Lebihkurang sama jer dengan BERSIH dulu ...... kata HARAM tapi layan juga...


WAK: Kalau buat benda lain yang berfaedah rasanya tak jadi masalah. JOM TOLAK ANWAR