Sunday 1 January 2012

Mahasiswa Ditipu hidup-hidup Oleh PR

Mahasiswa seperti Adam Adli sekarang mula menunjukkan taring apabila berdemo pula di depan UPSI. Wak hairan apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh mereka dan kenapa waktu tengah malam menjadi pilihan dan bukannya pada waktu berkerja (itu pun jika nak hantar memorandum bantahan). Bagi Wak pasti ada muslihat disebalik apa yang dilakukan. Adakah mereka ini 'ditaja' oleh orang yang berkepentingan dalam isu2 seperti ini.?Jawapan dari Wak ialah YA. Mereka ini seperti dirasuk dan besar kemungkinan telah dibayar oleh orang tertentu dalam menjayakan misi politik sempit dan memecahbelahkan rakyat. Mereka berasa dengan menyokong DSAI mereka akan mampu memansuhkan AUKU.

Tapi sayang sebenarnya mereka ditipu rapat oleh beliau. Bayangkan saudara-saudaraku semua adakah mereka akan memansuhkan AUKU seperti yang dicatat didalam buku jingga.?tidak sama sekali. Adakah anda semua perasan bahawa kerajaan PR di kedah telah menggunakan AUKU untuk kepentingan mereka? 5 orang pelajar KUIN iaitu sebuah IPT milik penuh kerajaan negeri Kedah telah digantung pengajian dan didenda kerana melakukan demo bagi membantah pentadbiran yang mengabaikan kebajikan dan cuba merampas bangunan milik tahfiz.

Kes itu kini sedang berjalan di mahkamah dan pihak KUIN telah melantik karpal singh & co (dibayar lebih RM 70,000) sebagai peguam bagi pihak mereka.

Bila dengar nama Karpal Singh umum mengetahui bahawa mereka (KUIN) memang nak kemenangan kerana menggunakan khidmat seorang peguam terkemuka dan berpengalaman. Menyentuh sedikit bab KUIN ini Wak nak ceritakan bahawa MB kedah iaitu Dato Seri Azizan bin Abdul Razak ialah pengerusi lembaga pengarahnya.

Jadi dimana janji dalam buku jingga yang diwar-warkan PR jika mereka memerintah sedangkan baru perintah negeri pun dah menggunakan AUKU untuk kepentingan mereka. Sudahlah para mahasiswa, jangan terpedaya dengan janji orang politik seperti mereka ini dan belajarlah bersungguh-sungguh untuk menjamin masa depan anda.
















Wak: Adik-adik mahasiswa/i sekalian. belajarlah demi masa depan anda. Dan janganlah terikut-ikut rentak mereka itu semua. Lepas belajar dah dapat gengam Diploma/Ijazah nak berpolitik ke nak tubuh parti baru ke buat la.