Thursday 12 January 2012

Bonus Kakitangan KUIN X Dibayar

Untuk isu ini wak dapat pangilan kecemasan dari seorang rakan di KUIN yang menyatakan bahawa wang bonus untuk tahun 2011 belum lagi dibayar kepada mereka. Untuk pengetahuan umum wang bonus 1/2 bulan gaji yang diumumkan oleh Perdana Menteri didalam bajet tempoh hari sepatutnya dibayar pada tahun yang sama bertepatan dengan saranan Perdana Menteri bahawa wang itu boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan anak masuk sekolah bagi yang berkenaan.


Tetapi kenapa pula kakitangan KUIN ni tak dapat bonus? Perdana Menteri tak salur wang tu kepada pentadbiran KUIN kot?


Sebenarnya KUIN dibawah kerajaan negeri kedah dan tugas membayar segala gaji dan elaun serta bonus menjadi tanggungjawab kerajaan negeri. Tetapi kenapa lain-lain agensi kerajaan negeri dah dapat? Kenapa kakitangan di KUIN sahaja yang belum dapat? Kerajaan negeri telah memberi menerusi peruntukan tahunan yang diluluskan didalam BAJET untuk pihak KUIN.

TETAPI KENAPA IANYA TAK DIBAYAR KEPADA KAKITANGAN?


Disini Wak akan membongkarkan sedikit demi sedikit kemana wang yang sepatutnya dibayar kepada kakitangan tetapi sehingga ke hari ini belum dibayar. Seperti yang wak pernah katakan sebelum ini wak tertarik dengan isu di KUIN ini. Boleh dikatakan dari segi kroni, salah guna kuasa, salah guna peruntukan wang dan lain-lain lagi memang banyak. Untuk entry ini wak ulas isu BONUS dahulu.





Prof. Dato Wira Dr. Jamil Osman
Rektor Kolej Universiti Insaniah



Siapa si Jamil ini? Apa kene mengena dia dengan isu bonus?

Jamil ini ialah rakan karib kepada MB kedah iaitu Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak yang mendapat kepercayaan penuh untuk menguruskan KUIN . Menang pilihanraya Azizan terus bawa Jamil ini ke KUIN. Kira kroni MB la si Jamil ini. Dengar khabarnya beliaulah punca bonus tak dibayar kerana terlalu boros berbelanja. Beliau tubuhkan anak-anak syarikat yang sudah menjangkau umur 2-4 tahun tetapi sehingga ke saat ini masih belum boleh hidup sendiri. Melalui sumber, Wak telah menjalankan siasatan keatas anak-anak syarikat KUIN ini dan sememangnya betul 'seluar dalam' anak-anak syarikat juga masih KUIN yang belikan. Jadi kenapa Jamil masih mempertahankan anak-anak syarikat? Mungkin ada saudara dia yang bertugas di anak syarikat?



Tunggu wak akan bongkar siapa jamil dan apa yang telah dilakukan beliau dalam menjatuhkan KUIN. Jamil, kau tunggu. Isu gaji CEO anak syarikat, Isu Kroni kau di anak syarikat, dan isu berapa kerugian program LIFE yang kau agung-agungkan. Isu Haji Shaay'a Othman yang semasa datang interview dijemput pemandu KUIN di lapangan terbang xperlu didedahkan kerana beliau telah sign out. Mesti kau hairan macam mana Wak dapat banyak maklumat ya? ssshhhhhh.......RAHSIA



WAK: Jika kita tak jaga kakitangan bawahan kita siapa yang akan menjaga mereka. Dan sekali mereka mengamuk baru kau tahu. Rupa-rupanya ramai kakitangan KUIN ini anti kepada Jamil.