Wednesday 1 February 2012

ISU KUIN YANG SEBENARNYA. SETPOL MB TAK MAHU SIASAT KER??

Isu KUIN sekarang menjadi 1 isu yang utama di kedah kerana ianya mendapat liputan meluas dari blog-blog, wartawan-wartawan dan juga pemerhati politik. Mungkin ramai yang tak tahu isu KUIN ini sebenarnya ialah 1 isu yang kecil sahaja dari KUIN itu sendiri.
KUIN sebenarnya memiliki lebih banyak isu yang tak diketahui oleh kebanyakkan dari kita. Wak berkesempatan berbual dengan beberapa kakitangan dan juga pelajar KUIN yang menyatakan masalah sebenar yang berlaku di KUIN itu sendiri. Mereka meluahkan isu kebajikan staf, bonus, gaji, penempatan pelajar, pengangkutan dan sebagainya. Ada juga yang menyentuh isu anak syarikat dan kroni yang berlaku di KUIN. Disini, Wak ingin menyenaraikan isu-isu yang dibangkitkan oleh kakitangan dan juga pelajar. Wak nak si setpol MB Kedah baca apa yang Wak tulis dan siasat. Jangan asyik salahkan UMNO atau orang lain. Belajar salahkan diri sendiri.

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KAKITANGAN KUIN

1)      1) Bonus tidak dibayar

-          Umum mengetahui bahawa penjawat awam telah menerima durian runtuh daripada kerajaan didalam bajet 2012 dimana bonus ½ gaji telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Ini bermaksud kakitangan Kerajaan menerima bonus 1 bulan gaji bagi tahun 2011( ½ sebelum raya puasa yang diumum lebih awal dan ½ lagi yang diumum didalam bajet 2012 ). Bagi kakitangan Kerajaan Negeri Kedah mereka juga mendapat jumlah yang sama kerana Menteri Besar juga mengumumkan jumlah yang sama.  Maka boleh dikatakan semua agensi dibawah Kerajaan Negeri juga membayar Bonus seperti yang diumum oleh Menteri Besar. Tetapi tidak bagi kakitangan yang berkhidmat di KUIN kerana mereka hanya menerima ½ bunus sahaja (yang dijanjikan sebelum hari raya puasa). Itu pun mereka mendapatnya lewat daripada tarikh yang dijanjikan. Mereka mendakwa sebelum ini (ketika BN memerintah) tak pernah berlaku masalah seperti ini. Maka pihak kerajaan negeri perlu peka terhadap masalah ini dan menjaga kebajikan mereka. Bagi Wak hak mereka para kakitangan perlu diberikan kepada mereka.



2)     2)  Gaji lambat masuk
-          Wak lampirkan contoh tarikh pembayaran gaji mengikut surat pekeliling yang diguna pakai oleh setiap jabatan dan agensi kerajaan.  

Tetapi di KUIN ianya tidak berlaku seperti ini. Kadangkala pada 25hb, kadangkala 29hb dan ada juga pernah mencecah tarikh 31hb. Jika ada tarikh 40hb mungkin KUIN juga akan membayarnya pada tarikh itu. Ianya menyukarkan para kakitangan merancang kewangan mereka kerana ada yang perlu membayar hutang kereta sebelum sesuatu tarikh dan jika terlambat kos/penalti akan dikenakan. Nampak seperti perkara remeh tetapi jika setiap bulan berlaku dan caj/penalti sebanyak RM 10, maka jika 1 tahun ianya bersamaan dengan RM 120. Kenapa perlu membebankan kakitangan? 




3)      3) Potongan Bank dan KWSP

-          Ramai dikalangan kakitangan KUIN mendakwa mereka mendapat surat atau panggilan telefon dari pihak bank yang menyatakan mereka mempunyai tunggakan bayaran ansuran untuk pinjaman mereka seperti pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan pinjaman pengajian (PTPTN) yang mana mereka melakukan potongan gaji terus dari majikan (KUIN). Ini bermakna pihak KUIN yang lambat membayar jumlah potongan itu ke pihak bank atau institusi berkaitan. Siapa yang akan menanggung kos pentadbiran, guaman, notis dari pihak bank? Sudah tentu pihak KUIN lepas tangan didalam isu ini. Masalah KWSP juga sama kerana jika melihat dari penyata mereka nampak seperti ada kecelaruan. Ini menunjukkan KUIN berada dibawah pentadbiran yang cukup lemah. Masalah ini juga bermula selepas kerajaan baru mengambil alih. Wak berharap pihak kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu seperti menghantar wakil dari jabatan audit negeri untuk menyiasat perkara ini dan laporannya dibentangkan kepada umum.




4)      4) Anugerah Cemerlang

-          Menurut beberapa kakitangan KUIN yang sempat Wak temui, sejak tahun 2008 sehingga kini tiada lagi Hari Anugerah Cemerlang di KUIN. (Mungkin semua kakitangan KUIN sudah tidak lagi cemerlang agaknya). Apa ceritanya ni. Hari Anugerah Cemerlang sepatutnya diadakan setiap tahun. Inilah cara bagi menghargai kakitangan yang berkerja menaikkan nama sesuatu jabatan dan organisasi. Bukannya melibatkan kos yang tinggi. 




5)      5) Kroni

-          Mula-mula si suami masuk kerja, kemudian bawa isterinya pula, anak menantu pun tak dilupa, Sepupu sepapat pun ada. Ini bukan nurkilan Wak tetapi nurkilan dari kakitangan KUIN yang kecewa dengan apa yang berlaku. Dikhabarkan pihak SPRM telah masuk untuk menyiasat isu ini. Si suami dan isteri berjawatan Dekan manakala menantu berjawatan Timbalan Dekan. Sepupu sepapat tu Wak tak pasti jawatannya sebab beliau berkhidmat di  anak syarikat KUIN tetapi tak salah Wak besar juga jawatannya.


DISINI, WAK BARU MENULIS TENTANG PERMASALAHAN YANG DIBANGKITKAN OLEH KAKITANGAN KUIN. HAL KEBAJIKAN PELAJAR AKAN WAK SAMBUNG SELEPAS INI KERANA WAK PERLU LIHAT SENDIRI MASALAH ASRAMA, PENGANGKUTAN, YURAN DAN INFRASTRUKTUR DI KUIN INI. TETAPI JANGAN LUPA, WAK JUGA  AKAN MEMBONGKARKAN ISU ANAK SYARIKAT KUIN YANG SEDANG MERATAH WANG PERUNTUKKAN KERAJAAN NEGERI KEPADA KUIN. DENGAR KHABARNYA GAJI ‘BOS-BOS’ DI ANAK SYARIKAT INI TINGGI. ANAK SYARIKAT DAN KRONI, PERBELANJAAN TAK MASUK AKAL, PERLANTIKAN PEKERJA DAN ISU UTAMA IAITU ANAK SYARIKAT TAK UNTUNG DAN MENJADI PARASIT KEPADA KUIN.  WAK BERHARAP PIHAK KERAJAAN NEGERI DAPAT MENYIASAT PERKARA INI SEDALAM-DALAMNYA. APA YANG DICORETKAN OLEH WAK IALAH APA YANG DIKHABARKAN KEPADA WAK OLEH KAKITANGAN-KAKITANGAN KUIN YANG TERDIRI DARI PEGAWAI, KERANI, PENSYARAH DAN JUGA USTAZ-USTAZ YANG SAYANGKAN KUIN LEBIH DARI MENTERI BESAR SAYANGKAN KUIN. MEREKA TIDAK MAHU KUIN INI ROSAK DAN TERUS DINODAI OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG BERCAKAP SOAL ISLAM TETAPI TAK TAHU MENJAGA INSTITUSI PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM INI. INGAT SEMUA, PERKARA PERTAMA YANG MEREKA LAKUKAN SELEPAS MENDAPAT MANDAT MEMERINTAH IALAH MEREKA MENYINGKIRKAN MUFTI DARIPADA LEMBAGA PENGARAH KUIN INI. SAMA-SAMA KITA BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T AGAR KUIN INI TIDAK LAGI DIROSAKKAN OLEH MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI. WAHAI SETPOL MB JANGAN MAIN TULIS SAHAJA UNTUK MEMBUAT PENJELASAN. SIASAT DAHULU. DISINI WAK DAH SIASAT DAN SENARAIKAN MASALAH-MASALAH YANG BERLAKU. SILA SIASAT WAHAI SETPOL. DAN TUNJUKKAN HASIL PENYIASATAN ANDA KEPADA UMUM. JIKA WAK RASA ANDA MENIPU, WAK AKAN KELUARKAN BUKTI SEBAGAI MENYOKONG HUJAH WAK.
UNTUK SEMENTARA WAKTU INI, WAK TANGGUHKAN SEBENTAR PENDEDAHAN INI. TUNGGU YA PENDEDAHAN DI KUIN VERSI 2.0