Disini Wak hebahkan email dari seorang rakan maya Wak
Seramai lebih 150 orang kakitangan (lelaki dan perempuan) Kolej
Universiti Insaniah (KUIN) beramai-ramai telah mengadakan solat hajat bagi memohon agar kemelut dalaman yang
melanda KUIN mutakhir ini dapat diselesaikan dalam waktu segera.
Majlis solat hajat yang diadakan di surau KUIN
memohon agar Allah memberikan kesejahteraan dalam krisis kewangan yang melanda KUIN dan semoga Allah memberikan kemudahan untuk pihak kakikatangan
mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak KUIN : Antara tuntutan ialah;
1.Tuntutan terhadap kenaikan gaji 13% yang
ditangguhkan pihak Lembaga Pengarah KUIN dengan alasan KUIN adalah swasta sedangkan pelarasan itu adalah untuk perbandaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sahaja .Tuntutan akan dilakukan agar
KUIN lebih telus dan jelas mengenai
status dan tarikh pembayaran kenaikan 13% tersebut. Jika KUIN adalah
sebuah institusi swasta sebagaimana yang didakwa oleh pihak Lembaga
Pengarah maka kakitangan akan menuntut untuk dinaikkan kenaikan gaji
mereka daripada
13% kepada 20%.
. 2. Bayaran balik yang tertunggak berbulan-bulan yang belum dibuat pembayaran
kepada institusi kewangan, badan yang memberi pinjaman, insuran dan instiusi pelaburan saham sedangkan pemotongan gaji
telah dibuat oleh pihak KUIN terhadap gaji kakitangan terlibat.
3. Majlis solat hajat ini diadakan hasil kesepakatan kakitangan KUIN berikutan
krisis kewangan yang serius yang melanda KUIN sejak kebelakangan ini hingga menyebabkan kebajikan mereka terabai.
Majlis sebelum itu diserikan dengan ceramah
motivasi bertajuk "Jom Amanah" yang disampaikan Tuan Syeikh Ahmad Fisol bin Haji Omar, Pegawai Agama
Daerah Kubang Pasu.
Isu ini dikirimkan oleh seorang rakan maya Wak. Seperti yang Wak selalu pesan kepada anda semua, jika ada isu dan perlu didedahkan sila email kepada Wak di adik_wak@yahoo.com. Jika benar selepas Wak siasat maka Wak akan dedahkannya.
WAK: Jamil dan Azizan semakin tak senang duduk. Dulu semasa para Huffaz lakukan solat hajat, Jamil dan Azizan terlantar di hospital. Kini?
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ
مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ
مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah".
(H.R. Bukhari dan Muslim)