Monday, 25 June 2012

KUIN Hilang Sengat


Kemasukkan pelajar baru di KUIN merosot teruk. Jamil perlu bertanggungjawab terhadap isu ini. Bayangkan hanya sekitar 900 orang mendaftar masuk bagi kali ini sedangkan jumlah sama bagi tahun lepas lebih sekali ganda. Ini membuktikan 40 program baru di KUIN tak langsung membantu menaikkan jumlah pelajar. Dari jumlah keseluruhan itu nampaknya Fakulti Pengajian Islam masih menjadi penyumbang tertinggi walaupun berlaku kemerosotan. Jumlah pelajar yang mendaftar masuk untuk kursus berkaitan Pengajian Islam Seperti Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Asasi Pengajian Islam dan Tahfiz Al-Quran mencecah 600 orang. Ini membuktikan bahawa KUIN sepatutnya menjadi IPT khas untuk Pengajian Islam dan bukannya Kursus lain. Kemerosotan ini juga berpunca dari kenaikkan yuran yang terlalu tinggi dan dari sumber yang Wak terima Pelajar dari Thailand juga hanya sekitar 10 orang sahaja yang datang kerana mereka tak mampu untuk menanggung yuran yang begitu tinggi ini. Sebab utama KUIN naikkan yuran adalah kerana nak menyara anak-anak syarikatnya yang sedang rugi. 

 (Jamil and his Generals)

Fakulti Kejuruteraan pula menjadi Fakulti terbaik sepanjang zaman apabila rekod baru tercipta apabila hanya 1 orang pelajar yang mendaftar masuk untuk kursus yang ditawarkannya. Ini membuktikan bahawa Fakulti tersebut perlu ditutup atau dilakukan rombakkan terhadap pengurusan Fakulti tersebut. Buang ja anak menantu yang berkerja sebagai dekan dan timbalan dekan tu.



Ingatlah Jamil bahawa KUIN ini bukannya tempat untuk anda dan rakan-rakan anda bersuka ria. KUIN ialah AMANAH yang perlu dijaga dan dipelihara. 

WAK: KUIN perlu diselamatkan. Ayuh kita tolak Jamil dan Kroninya keluar dari KUIN.