Thursday, 11 October 2012

Caruman KWSP Lambat Lagi?

Wak rasa Azizan dan Jamil perlu diberi taklimat khas berkaitan KWSP. Apabila ditanya mengenai isu ini mereka kata tak jadi masalah jika lambat mencarum. tapi adakah mereka sedar hampir setiap bulan KUIN didenda oleh pihak KWSP disebabkan lambat mencarum? Yang menghadapi masalah bukannya mereka tetapi para pekerja. Dividen yang sepatutnya mereka terima, faedah lain seperti potongan terus untuk pembelian rumah dan sebagainya tak dapat dinikmati oleh kakitangan KUIN. Allah S.W.T sahaja yang tahu nasib yang menimpa warga KUIN. Islam tak ajar untuk melakukan kezaliman terhadap orang lain wahai Azizan dan Jamil.

 
 
 
 
 
WAK: Apa lagi helah Jamil dan Azizan berkaitan isu ini?  
JOM UBAH KEDAH