Saturday 13 October 2012

BN Menang Kedah Bakal Ada Timbalan MB

Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dalam satu kenyataan media ada menyebut kemungkinan akan ada jawatan Timbalan MB di Kedah jika BN kembali diberi mandat di negeri ini. Ini satu langkah bijak jika berlaku sesuatu keadaan yang tak diingini seperti yang berlaku kepada MB Kedah sekarang. Dah tak larat, tapi tak mahu lantik timbalan. Mesyuarat Exco pun dah berkali-kali tangguh. Ini satu lagi bukti BN Negeri Kedah optimis untuk melakukan perubahan.

Jika ada mulut-mulut sumbang yang berkata kenapa tak dilakukan semasa zaman mereka berkuasa dahulu, Datuk Mukhriz dengan sinis menjawab "dulu zaman kita perintah tak berlaku sehingga mesyuarat EXCO pun tertangguh berkali-kali". Beliau juga berpendirian bahawa kes Azizan Razak wajar dijadikan iktibar oleh mana-mana parti politik.  Jangan bagi alasan tidak sihat. Bagi rakyat, khidmat adalah penting. Kita sihat atau tidak, khidmat dan urusan penting tetap kena dilaksanakan. Pentadbiran negeri tidak boleh tergendala.

SAMBUNG BACA DI SINAR HARIAN

WAK: Jangan jadi seperti Azizan yang masih gilakan kuasa. Masalah rakyat banyak tertangguh dan tak dapat dirialisasikan hanya kerana keputusan tak boleh dibuat. JOM UBAH KEDAH