Monday, 1 October 2012

KUIN Berhutang, Azizan Masih Menafikan

Wak menerima email dari seorang rakan yang menyatakan KUIN kini berhutang dengan Yayasan Islam Kedah hampir RM 100,000 untuk sewa bangunan di kampus stargate. Maklumat yang Wak terima ini juga menyatakan bahawa bayaran sewa kalai terakhir ialah pada Januari lepas. Ini bermaksud KUIN sudah gagal membayar sewa dan berlaku tunggakan selama 8 bulan. Tetapi yang menghairankan Wak ialah Azizan masih menafikan perkara tersebut. Azizan seperti biasa akan berbohong dengan menyangkal dakwaan kononnya tak berasas. Azizan oh Azizan, anda mungkin mampu membohongi rakyat Kedah didalam ceramah anda tetapi ingat bahawa segala kemungkaran yang dilakukan oleh anda pasti akan diketahui umum. Didalam akhbar Azizan dengan angkuhnya menafikan dakwaan ini.



Sebagai seorang pemimpin anda harus siasat dan bukannya terus menafikannya. Azizan harus bertaubat. Jangan lagi menipu kami rakyat Kedah tentang isu KUIN ini. Mengaku sahaja anda GAGAL dalam mentadbir amanah yang diberi. Ada juga sumber yang berkata bahawa sewa dengan pemilik-pemilik lain juga baru sahaja dijelaskan selepas pejabat KUIN diserbu mereka. Nak duit kena pergi tuntut, jika tak tuntut maka pihak KUIN akan buat tak endah sahaja.

WAK: Azizan seperti biasa menafikan apa juga dakwaan. Apa salahnya beliau siasat sebelum menafikannya. JOM UBAH KEDAH