Wednesday 3 October 2012

Yzd Rohani Terkubur?

Tindakan tali barut Jamil dan Azizan yang cuba berperang dengan kami pihak blogger akhirnya tak kemana. Hanya dengan sedikit ilmu bersama-sama rakan-rakan yang lain dari TMK maka cubaan mereka itu kami patahkan seperti ranting sahaja. Terima Kasih sahabat blogger yang memberi bantuan kepada WAK.

Dengan menggunakan ID Yzd Rohani mereka menyerang beberapa blog yang kuat menghentam tentang isu KUIN. Maka dilantiklah seseorang yang tahu sedikit sebanyak tentang KUIN untuk berbalas komen dan cuba menafikan apa yang kami tulis. Jika berperang secara debat dialam maya ini tak jadi masalah. Kami dah lama dan berjenis-jenis makhluk dan manusia yang kami jumpa didalam alam maya ini.

Tetapi cara pihak ini lain. Apa yang sampai nak hack blog orang ni?

Nak berlawan hujah tak apa, Silakan. Tetapi jangan main secara tak jujur. Ingat ya. Kami ada maklumat lengkap siapa anda. Cuma 1 persoalan yang Wak nak berikan kepada beliau.

ADAKAH APA YANG WAK TULIS DISINI FITNAH DAN TAK BETUL?
-Gaji kakitangan KUIN lambat dibayar dan segala potongan juga lambat dibayar sehinggakan pihak bank   dah ligan kakitangan KUIN
-Anak Jamil tak dapat CGPA 3.8 dan ini 1 fitnah kepada beliau
-50 program yang dicanang tak dapat sambutan. Lebih dari separuh pelajar baru yang mendaftar masuk ialah dari kursus asal iaitu 7 program
-KUIN pernah tak bayar bil perubatan sehingga kakitangan gagal mendapatkan rawatan dan Bil internet KUIN juga pernah dipotong
-Kewujudan INSANIAH HOLDING bukanlah membantu KUIN tetapi merupakan punca utama KUIN bermasalah



Ini sekadar sebahagian yang Wak sempat karang untuk mereka. Jawablah didalam Facebook atau email kepada WAK di adikwak@yahoo.com

WAK: Ramai yang email nak tahu siapa dia ni. Tapi Wak masih merahsiakan isu ini. Air muka orang ni kena jaga. Petanda yang baik ialah beliau sudah tidak lagi mengeluarkan komen dan terus berdiam diri.
BERTAUBATLAH YZD ROHANI
JOM UBAH KEDAH