Setelah hampir seminggu Wak berada di Kuala Lumpur untuk mengadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) kini Wak kembali untuk membongkar lagi isu-isu panas dan sensasi di Kedah terutamanya isu KUIN.
Mungkin ramai yang tak tahu Umno komited dalam memperjuangkan isu KUIN ini dimana wakil Umno Kedah, iaitu Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Othman Aziz, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri telah membawa isu ini untuk diperdengarkan kepada semua perwakilan yang hadir. Ramai perwakilan yang tak tahu isu sebenar dan mereka kini sedar bahawa isu ini bukan lagi isu remeh. BACA DISINI. Dan ketika rehat pun ramai yang bertanyakan isu KUIN ini. Maka kami wakil dari Kedah pun akan ulas sehingga mereka faham. Ini tanggungjawab kami kepada semua.
WAK: Akan kembali menggempur isu KUIN selepas ini. Esok ada
pengambilan pelajar baru di KUIN. Jom tengok apa yang ada disana. JOM UBAH KEDAH