Nak tahu rekod apa yang telah dilakar itu?
Bilangan kemasukkan pelajar baru di KUIN pada hari pendaftaran baru-baru ini ialah seramai 300 orang. Wak ulang sekali lagi. 300 orang. Ini menunjukkan bahawa KUIN sebenarnya mementingkan KUALITI dalam memilih pelajar. Bayangkan apabila ada kursus tertentu yang hanya ada 2-3 orang pelajar. Ini memberi peluang pensyarah untuk memberi lebih perhatian kepada pelajarnya. Bilangan pensyarah lebih ramai dari pelajar ini bukti kukuh bahawa dasar yang diamalkan oleh Kerajaan Kedah dalam mengangkat taraf pendidikan di negeri ini hampir berjaya. Bagi kursus yang tiada pelajar mendaftar masuk pula sebenarnya ialah kerana tiada tawaran dibuat kepada pelajar kerana semua yang memohon tidak sampai ketahap yang diinginkan. KUIN kini cukup bertegas dalam memilih pelajarnya. IPTA juga tidak mampu menandingi KUIN.
Azizan Razak ada menyebut pada pendaftaran kali ini KUIN bakal menerima masuk 1200 orang pelajar. Tetapi kenapa hanya 300 orang sahaja yang masuk. Jamil cuba sabotaj Azizan?
(sumber gambar dari beritakuin)
Sebenarnya Jamil dan Azizan sama bengap dalam melakukan kerja. Eloklah mereka ni didakwa kekasih. Masing-masing hanya tahu menipu sahaja. Dalam sidang DUN pun Azizan menipu. Inikan depan media. Bertaubatlah Jamil dan Azizan. Tembelang anda bakal pecah. Tunggu..........
WAK: KAH, KAH,KAH, KAH,KAH, KAH,KAH, KAH,KAH, KAH, mana dia 1200 orang masuk Azizan oi. Nak kata apa-apa tak Azizan Razak? Nak salah siapa pula? JOM UBAH KEDAH