Thursday 6 December 2012

Kakitangan KUIN Report Polis

Difahamkan sekumpulan kakitangan KUIN bakal membuat laporan polis berhubung isu Jamil dan Azizan yang telah menganiaya mereka. Isu hak kakitangan yang telah dinodai oleh Jamil dan Azizan. Khabarnya KWSP dan potongan bank dan mencecah antara 3 hingga 5 bulan tak dibayar. Inilah bukti kezaliman Pas Kedah dalam mentadbir. Jamil juga bakal dikaitkan dengan isu minit mesyuarat palsu dalam kes saman keatas KUIN baru-baru ini. Adakah Jamil bakal direman?

Untuk maklumat lanjut berkaitan isu laporan Polis ini, Wak rasa BLOG BERITAKUIN ada butirannya.

Untuk pengetahuan semua, Wak ada mendapat maklumat tentang isu lain seperti punca masalah kewangan KUIN yang sebenarnya ialah berpunca dari kerakusan anak-anak syarikat KUIN menyedut dana dari KUIN. Wak ada bukti tentang gaji kakitangan anak-anak syarikat KUIN ini dibayar oleh KUIN. Kini KUIN terpaksa menyara anak syarikat yang sebenarnya tak mampu menjana langsung pendapatan. Setiap bulan hanya tahu minta duit. Azizan Razak selaku Pengerusi KUIN dan INSANIAH HODLING wajib bertanggungjawab kerana gagal memantau dan mengambil tindakan keatas isu ini. Atau mungkin beliau juga mempunyai syer dalam konspirasi ini?

Jika Azizan Razak selaku MB serba tak tahu benar-benar jujur dalam melaksanakan amanah yang diberi, Wak cabar Azizan Razak menghantar Jabatan Audit Negeri ataupun memberi kebenaran kepada Jabatan Audit Negara masuk ke KUIN untuk diaudit. Kita tengok benar atau tidak dakwaan bahawa KUIN ini sedang nazak dan hanya menunggu hari untuk rebah ataupun dijual.

WAK: Wahai Azizan Razak, anda ingat rakyat kedah juga serba tak tahu macam anda juga? Azizan Razak bakal menjadi MB paling buruk dalam sejarah Kedah. JOM UBAH KEDAH