Saturday, 19 January 2013

KUIN Lari Dari Landasannya

Heboh dicanang oleh PAS Kedah dimana KUIN kini bertaraf dunia. Tetapi adakah mereka tahu dan faham sebenarnya mereka sendiri menyumbang didalam menjatuhkan KUIN tersebut.

Apa yang boleh dibanggakan dengan KUIN?

1) 50 program pengajian, dulu cuma 7 sahaja
-Majoriti pelajar masih datang dari 7 program lama KUIN terutamanya Pengajian Islam. Ada kursus yang ada pensyarah tetapi tiada pelajar.

2) Yuran RM 250/jam, dulu cuma RM 60/jam
-Kenaikkan yuran yang melampau sehinggakan 400% sememangnya tak masuk akal. KUIN milik penuh Kerajaan Negeri dan menerima dana dari pihak Kerajaan Negeri. Tetapi kenapa masih perlu bebankan pelajar dengan kos yuran yang tinggi?

3) Kampus Baru Kuala Ketil
- Kampus moden dibina tetapi pelajarnya makin kurang. Lokasi yang dipilih bersifat kepentingan peribadi dan telah menzalimi kakitangan KUIN. 
- Azizan Razak dengan angkuhnya menyatakan bahawa telah berjaya membina kampus tersebut tanpa bantuan Kerajaan Pusat. Tetapi kenapa Azizan Razak tak cerita bahawa beliau telah meminjam dari pihak bank untuk menjalankan projek tersebut. RM 330 juta hutang bank dan kampus pula tiada asrama. SPRM WAJIB SIASAT ISU INI. Khabarnya Masjid juga didalam perancangan asal tetapi tak didirikan. Universiti Islam tak ada Masjid ke? Rumah kakitangan pun tak ada. Agak-agak AIR ada tak kat kampus ni? Kot yang tu pun tak ada susah la.

4)KUIN kaya dengan Anak Syarikatnya
- Gaji CEO ada yang mencecah sampai RM 35,000 sebulan.
-Majoriti kakitangan Insaniah Holding ini bergaji besar. Jika untung berjuta tak apa la. Ni setiap bulan khabarnya minta duit dari KUIN. Jika tak untung tutup sahaja.
-Berniaga didalam KUIN. Tak berkembang langsung.
-Perlantikan kakitangan bersifat KRONI.

WAK: Jawab 4 perkara diatas dahulu. Boleh jawab akan menyusul soalan berikutnya. Tapi yang PASti puak-puak ni dah bagi jahanam habis KUIN. JOM UBAH KEDAH