Tuesday, 22 January 2013

Skrip Perjumpaan Jamil + Staff KUIN



Jam 10 pagi

-ramai kakitangan KUIN berkumpul diluar dewan sambil berborak2 antara satu sama lain. Almaklumlah ada yang susah nak jumpa

-ada juga kakitangan yang dah masuk kedalam dewan termasuklah Jamil dan Kroni

Jam 10.15 pagi

-Pengerusi memohon semua kakitangan masuk ke dewan dan berbaris mengikut jabatan masing-masing

Jam 10.20 pagi

-Pengerusi memulakan taklimat dengan memperkenalkan semua yang berada diatas pentas seperti:

·         Jamil Penipu - Rektor

·         Pak Ya Man - Timb Rektor HEA

·         Wan Pintu Belakang - Timb Rektor HEP

·         Dato L - Pendaftar

·         Kartina - Pemangku Bendahari




Jam 10.30 pagi

-Jamil mengambil tempat untuk berucap dan dengan bangganya menceritakan tentang Kampus baru KUIN.

-Jamil memberitahu semua kakitangan bahawa mereka perlu pindah seawal hujung bulan 1 sehingga ke bulan 6

-Jamil menyatakan bahawa beliau telah lama berpindah dari rumah di Jitra ke Sungai Petani dan semua perlulah semua mencontohinya

-Ramai kakitangan mula bercakap-cakap dan berbisik antara satu sama lain. Antara dialog yang kedengaran ialah:

·         Dia cakap mudah la. Dia pi mai pejabat semua guna harta Insaniah

·         Kita nak kena pikiaq anak bini lagi. Dia takpa la anak skolah Bestari dan bini dah xdok skali. (sambil ada suara ketawa ramai-ramai. )

·         Aku ni tengok Jamil nampak kecik besaq, kecik besaq. Orang dari dulu lg x mau kola ketil dia dok syok lebih

·         BN menang Kedah Senang

·         Bayaq dulu 13% baru pi sana

·         Asrama, kuaters tak dak, rumah rektor ada

·         Allah Bersama Umno

-Tiba-tiba Jamil berhenti bercakap kerana ada 1 suara yang bertanyakan soalan. Semua tercari-cari dari mana datangnya suara merdu itu.

-Ianya suara Puan Sajiah iaitu Pensyarah Kuliah Muamalat. Tapi tak dengar apa soalannya.

-Jamil jawab seperti tak nak jawab sahaja. Hampeh

-Suara yang sama masih bertanya soalan lain pula.

-Jamil pula seperti biasa menjawab dengan penuh penipuan dan yang sebenarnya tak menjawab pun soalan itu.

-Selepas Jamil menjawab belum sempat beliau menarik nafas lega datang pula soalan lain dari seseorang. Tak ingat pula siapa yang bertanya tetapi soalannya berkisar tentang gaji kakitangan yang rendah dan kenaikkan gaji 13%. Itu soalan yang bagus

-Tapi sebelum itu ada adegan yang lebih hebat apabila Microphone yang disembunyikan Sayuthi telah dijumpai. Orang Tanya soalan kami tak dengaq la. Benda ada hampa sembunyi. Takut apa la sangat sampai sembunyikan microphone. Takut la kat Allah S.W.T sama.

-Muka Sayuthi dan Jamil merah apabila muslihat mereka terdedah. Dan apabila Microphone dah ada ditangan kakitangan maka bermulalah soalan-soalan yang lebih hebat.

-Antara soalan yang menyebabkan Jamil lari keluar ialah tentang isu potongan bank. Jamil kata isu kewangan biar kartina yang jawab. Saya ada meeting tergempar.

-What's the f**K. Kata perjumpaan dengan Rektor tapi bila kena 3 soalan terus cabut. Nampak sangat tak berani. Cakap belakang je lebih.

-Apabila kartina menjawab soalan itu dengan penuh pembohongan maka Sayuthi tampil dan berkata tak sempat kita buka Q & A aih depa dah tanya. WEI Sayuthi, hampa nak bagi ka Q & A jika Microphone pun hampa sembunyi.

-Maka sesi pun disambung dengan Dato L yang baru jadi pendaftar mengambil tempat Jamil.

-Maka keluarlah pelbagai soalan-soalan lain seperti:

·         Isu Insaniah Holding

·         Gaji gred 54 dan Jusa tak apa la nak pindah. Kami gaji kecik macam mana. Dah la 13% tak bayar

·         ada banyak lagi, tapi bila tulis dalam keadaan geram ni lupa pula. tak apa nanti pihak blog tambahkan lah yer

-TIBA-TIBA. Jeng jeng jeng

-Dato Barni tiba-tiba minta peluang untuk berucap sambil kakitangan lain memberi tepukkan gemuruh tanda sokongan kepada beliau

-Banyak dato Barni kata tentang Korupsi yang dilakukan dibawah Jamil dan Kroni.

-Dato Barni tiba-tiba sahaja mengeluarkan kata-kata kepada Ustazah Rohani

-Awat ustazah dok buat muka apa masa saya bercakap. tak suka la tu. Ustazah ni pun banyak dosa dengan saya. Kata macam-macam pasai saya

-Sambil berucap beliau juga tak lupa perli direct kepada MR Firdaus.

-Kena perli la berkaitan munafik, tak sedar diri dan banyak lagi. Nah ambik hang sebijik. Ingat orang suka kot kat dia

-Firdaus ni sebenarnya masuk buat kerja PAS di KUIN. Mana tau buat kerja. Asyik dok tumpu bab Parti Sesat dia tu ja.

-Semasa Dato Barni sedang berucap ada seorang tu lari ikut pintu belakang. Namanya Wan Pintu Belakang

-Dato L pun minta masa sekejap dan menerangkan bahawa taklimat perpindahan telah tamat dan dato Barni boleh sambung cakap.

-Siapa yang nak dengar boleh tunggu. Maka keluarlah semua kroni dan holding yang berasakan diri mereka bagus tu. Eh Holding ni meniaga apa sampai ke hari ini gaji masih mengemis duit KUIN. dah berapa tahun tubuh tak untung-untung. Nak suruh kami pulak bersabar. Shut up la kakitangan holding yang tak tahu cerita sebenar.

-Dan akhirnya tamatlah sesi perjumpaan yang sebenarnya tak menyelesaikan sebarang masalah kakitangan pun. Frust gila ni. Tak mau pi la Kola Ketil. Sini pun haru biru. Kalau sana tak tahu la macam mana.


WAK: Maaf jika tak faham dan susunan kurang menarik kerana bukannya nurkilan WAK tetapi ianya dikirim ke email WAK. Tapi kesimpulannya ialah KUIN sangat tenat. JOM UBAH KEDAH