Tuesday, 29 January 2013

TMK: WAK Bantu Kamu Kerana Bantu WAK

Mesti hairan rakan-rakan dari TMK berkaitan tajuk WAK kali ini. Mungkin ramai juga diluar sana keliru apa motif sebenar WAK nak kenakan TMK ni. Wak tengok TMK ni bagus. Tapi Wak hairan kenapa mesti sesuatu isu yang diambil dari blog lain terus di muat naik tanpa sebarang usul periksa atau sedikit kajian. Wak kebetulan tertengok gambar ini di facebook seseorang:
Mereka membalas hujah anda dengan hanya sekelip mata. Bukan Wak bertindak memuji mereka tetapi ternyata mereka kini 1 langkah didepan anda. Seluruh penyokong dan pencacai pakatan bersorak gembira apabila hujah mereka berjaya. WALAUPUN DENGAN PENIPUAN. Kebetulan Wak dapat maklumat dari seorang rakan Wak yang mahir didalam menilai gambar. Beliau memberikan gambar yang telah diubah 'tone' kepada Wak. Sekali tengok memang tak faham tapi bila tengok lama-lama baru anda akan perasan 1 bukti jelas gambar anda lebih nampak 'ori' dari gambar mereka.

Tengok tanda salib dan warna dinding yang berwarna putih. Warna putih itu ialah pantulan cahaya lampu. Ianya sepatutnya kelihatan separa bulat atau hampir sama seperti gambar dari TMK tapi anda tengok gambar tanpa salib dan warna dindingnya sekata sahaja. SIAPA YANG FITNAH?

Dan ini gambar original yang diambil dari blog TMK.

Tapi perkara yang paling tak masuk akal ialah mereka menuduh majlis ini ialah majlis Kursus Perkahwinan. Untuk pengetahuan semua, Kursus Perkahwinan adalah WAJIB keatas seorang MUSLIM. Tapi macam mana ada seorang INDIA dalam gambar tersebut? baris hadapan dan tak bertudung. BOLEH BACA RUJUKAN BERKAITAN KURSUS PERKAHWINAN DISINI

Dan yang terakhir ialah objek seakan-akan piano yang diletakkan dipenjuru bilik tersebut. Ini WAK tak pasti tetapi ianya seperti piano dimata WAK. Dalam gereja ada piano kan?

WAK: Jangan biar mereka selesa dengan penipuan mereka kerana itu lumrah hidup mereka. Isu eperti ini harus dijawab segera kerana makin lama kita diam semakin itulah kita dituduh memfitnah. Mohon TMK selangkah dihadapan mereka. JOM UBAH KEDAH