Thursday, 24 January 2013

Mahasiswa KUIN pula Bersuara


1) "Bayangkan sebuah kampus bernilai ratusan juta ringgit tapi tak ada asrama. Apa mereka ini ingat buat sarkas ka. Boleh tidur dalam kontena selepas selesai persembahan. "

2) "Bangunan cantik tapi yuran mahal nak buat apa. Kami nakkan pendidikan percuma bukannya kenaikkan yuran berganda. Mana dia Masjid KUIN?"

3) "Kenapa kalut nak pindah ditengah-tengah semester? Hujung semester nanti pindah la. Benda kalut-kalut ni selalunya tak elok. Kami pun kalut cari rumah sewa. Dah la sewa rumah di kuala ketil naik sehingga RM 700 untuk rumah taman kos rendah. Duduk Mergong sewa  cuma RM 250."


Ayat tersebut diluahkan oleh pelajar-pelajar KUIN. Apa rancangan sebenar pihak KUIN dan Kerajaan Negeri Kedah dalam isu ini. Nak buktikan mereka menepati janji? Sebelum kalut berpindah ke sana pihak KUIN sepatutnya selesaikan masalah berbangkit di Alor Setar.

WAK: Gaji CEO sudah dibayar atau belum Jamil. Nanti mereka pula yang buat laporan polis. JOM UBAH KEDAH