Sunday 16 June 2013

PAS Dah Lama Cuba Jual dan Rosakkan KUIN

Wak berehat sebentar dari menulis kerana menumpukan perhatian terhadap perniagaan yang baru diceburi. Maaf jika ada yang tertunggu post baru dari WAK. Email pun penuh dengan pertanyaan, maklumat dan link blog baru yang mohon dipautkan di blog WAK ini. Maaf jika membuatkan anda ternanti episod baru isu di Kedah.

ISU KUIN DIJUAL OLEH BN
Wak sebenarnya tergelak besar baca isu ini. Malas nak ulas panjang sebab sebelum ini pun Wak dah pernah ulas tentangnya disini: JUAL KUIN

Baca dan tengok bukti sekali. Email dari rakan baik Azizan bekan MB Kedah.

ISU KAKITANGAN KUIN TAK DAPAT GAJI
Isu ini sengaja dimainkan oleh mereka kerana mereka tahu arahan tegas daripada Kerajaan Negeri Kedah supaya KUIN tidak lagi memberi wang kepada anak syarikatnya iaitu Insaniah Holding. Maka Insaniah Holding tak mampu bayar gaji kakitangan mereka sebab selama ini pun mereka membayar gaji guna duit KUIN. Ada yang mendakwa hampir separuh dari peruntukkan Kerajaan Negeri dan sebahagian besar kutipan yuran pelajar disalurkan kepada Insaniah Holding. Maka tindakan Kerajaan Negeri ini sangat tepat. Insaniah Holding bukannya syarikat yang membawa keuntungan kepada KUIN mahupun Kerajaan Negeri.

BUKANNYA KAKITANGAN KUIN YANG TAK DAPAT GAJI TAPI KAKITANGAN INSANIAH HOLDING. APA PUNYA BLOGGER PAS SPIN CERITA. RISAU ISU KUIN MAKAN DIRI KE?

WAK: Lepas ini Wak nak dedahkan saki baki parasit dalam KUIN. Khabarnya ada orang sedang lobi jawatan di KUIN. JOM BERSIHKAN KUIN