Friday 7 June 2013

KUIN - Bertindak Segera Hapuskan Parasit

Kuin seperti yang kita maklum ialah milik penuh kerajaan negeri. Tetapi Kuin telah dirosakkan oleh Rejim PAS dengan membawa masuk rektor yang telah mengubah KUIN seperti ianya milik PAS. Banyak yang perlu didedahkan seperti lantikan kroni yang bergaji tinggi didalam KUIN dan penubuhan anak-anak syarikat yang lebih kepada lantikan kroni.

Mungkin rakyat Kedah tak tahu di KUIN ini ada yang dibayar sehingga lebih dari RM 30 ribu sebulan. Ada yang dilantik tanpa temuduga dan ada yang dilantik itu mempunyai hubungan keluarga dengan rektor dan pengurusan KUIN.

Insaniah Holding bukan sahaja tak menjana keuntungan tetapi menjadi beban kepada KUIN. Bayangkan lebih dari RM 1 Juta sebulan terpaksa disalurkan kepada mereka untuk membayar gaji. Buat apa dibiarkan lagi KUIN dihimpit masalah, tutup saja Insaniah Holding. Kakitangannya yang boleh diserapkan ke KUIN tu serapkan la. Yang masuk secara tak sah dan kroni tu buang aje. Selesai masalah.


WAK: Kerajaan Negeri perlu bertindak segera. JOM BANTU PULIHKAN KUIN