Monday 3 June 2013

Pemangku REKTOR KUIN - Antara Tugas Dan Cabaran

Sekalung tahniah diucapkan kepada Datin Wira Dato' Hajjah Che Barni Mohd Noor yang telah dilantik untuk memangku jawatan Rektor KUIN setelah Rektor ke-4, Prof. Dato' Wira Dr. Jamil Osman telah ghaib (menghilangkan diri).



Ucapan tahniah juga dari Wak kepada semua kakitangan KUIN terutamanya SKUAD BERSIH KUIN dan BLOG BERITAKUIN yang telah berjuang menentang kezaliman daripada rejim Jamil. Ternyata anda semua mempunyai semangat yang kental. 

Seluruh dunia sedang memerhatikan apa tindakan yang akan dilakukan oleh pentadbiran KUIN dibawah Pemangku Rektor, adakah akan dilakukan rombakan besar-besaran ataupun akan dikekalkan muka-muka lama yang telah merosakkan KUIN sebelum ini. 

Wak berasa terpanggil untuk menulis sedikit tentang isu ini. Bukannya nak mengajar tetapi sekadar pandangan peribadi Wak kepada Pemangku Rektor beberapa perkara seperti berikut: 
- KRONI JAMIL sepatutnya tiada tempat didalam KUIN. Mereka tak layak lagi diberi peluang ke-2. 
- Tubuhkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman untuk menyiasat mereka-mereka ini.
- Memanggil masuk Audit dan SPRM serta agensi berkaitan untuk menyiasat dan beri kerjasama penuh kepada mereka.



Bantulah KUIN untuk kembali GEMILANG. Tekanan akan datang dari pelbagai arah. Jangan melatah dan berkerjalah kerana Allah S.W.T


WAK: Parasit-parasit sedang memerhatikan langkah anda. JOM PULIHKAN KUIN