Sunday 21 July 2013

ISU KUIN - Pelajar Politik @ Dipolitikkan?

Sedang kita tengah khusyuk melakukan ibadat dan nak berehat sebentar dari menulis ada pula serangan-serangan dari puak ni. Isu yang dimainkan pula ialah isu tak masuk akal. KUIN DIJUAL? Aduh beberapa kerat mahasiswa politik ni sehinggakan menjadikan isu ini sebagai isu besar sedangkan Menteri Besar dah pun umum KUIN itu BADAN BERKANUN maka tak ada la isu JUAL tu. Sebenarnya mereka ini rancang persepsi jahat untuk memburukkan Kerajaan Negeri sekarang. Walaupun mereka tahu masalah KUIN ini ialah masalah yang diwujudkan oleh Pemimpin Mereka dahulu. Tanpa sebarang fakta atau bukti mereka menuduh dan memfitnah Kerajaan Negeri. Dalam bulan mulia ini pun mereka tak lepas peluang.

Dari isu Fakulti Muamalat diarah pulang ke Mergong mereka reka cerita KUIN bakal dijual. KUIN ditubuhkan pada tahun 90'an dizaman BN memerintah. Fokus utamanya bidang pengajian Islam dan ditambah beberapa program lain mengikut kehendak pasaran kerja. Bukannya KUIN ini ditubuh oleh PAS dan dirosakkan oleh BN tetapi PAS yang bertanggungjawab merosakkan KUIN. YURAN MAHAL ZAMAN SIAPA? PELAJAR MULA DEMO ZAMAN SIAPA? KAKITANGAN DEMO ZAMAN SIAPA? KUIN DISAMAN OLEH PIHAK PEMBEKAL ZAMAN SIAPA? KUIN DIDENDA OLEH KPT ZAMAN SIAPA? Tak pernah dalam sejarah KUIN didenda oleh Kementerian. Ini bukti jelas PAS sebenarnya GAGAL tadbir KUIN dengan baik. KUIN BERADA DIDALAM STATUS BERHUTANG DIZAMAN SIAPA? KUIN masih perlu berhutang walaupun yuran pelajar dinaikkan 3 kali ganda manakala peruntukkan kerajaan negeri juga meningkat. PAS perlu akui kesilapan mereka dan bersama-sama mengembalikan KUIN kezaman kegemilangannya. Ops lupa nak tambah. DIPLOMA TAHFIZ BERSAMA 18 PENSYARAH DITENDANG KELUAR DARI KUIN ZAMAN SIAPA? 

Pelajar KUIN yang bijaksana janganlah termakan hasutan PUAK ini.


KAMPUS KUALA KETIL yang hangat dikatakan bakal dijual pun sebenarnya hanya andaian mereka sahaja. Setakat ini tiada pun sebarang keputusan daripada pihak Kerajaan Negeri tentang isu ini. Berdasarkan andaian mereka melatah. Anda mahasiswa-mahasiswi KUIN semuanya bijak pandai. Kenapa anda sayangkan sangat KUIN Kuala Ketil yang tak ada asrama dan Masjid itu? Kenapa anda sayangkan sangat ia? Sebab PAS yang bina? Itulah nak tunjuk bagi anda tahu setakat mana kemampuan mereka. Rancang ada semua lengkap tapi bila siap ada benda ditinggalkan. Tunggu Laporan Audit yang bakal dibuat tentang kos sebenar Kampus itu. Kerajaan Negeri terpaksa memperuntukkan satu jumlah yang besar kepada KUIN untuk menampung hutang BANK yang ditinggalkan oleh Kerajaan PAS. INGAT YER KUIN KUALA KETIL ITU BUKAN DIBINA OLEH KERAJAAN PAS MELALUI DASAR PENJIMATAN ATAU DUIT BALAK YANG HABIS CERAH DEPA TARAH TAPI IANYA IALAH PINJAMAN DARI BANK.

WAK: Bulan puasa pun puak ni dok fitnah. Ini la kerja mereka.  Kami sedang menyiasat siapa dibelakang pelajar KUIN ini. Adakah pensyarah mereka terlibat? Mukhriz patut biar hutang kampus ini ditanggung oleh pelajar-pelajar ini. Baru mereka tahu beban sebenar. JOM BANTU KUIN