Tuesday 9 July 2013

Salam Ramadhan

Dikesempatan ini Wak mengambil peluang untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada anda semua. Wak harap anda semua berkejar-kejar melakukan ibadat dan semoga apa yang dilakukan kita diterima Allah S.W.T.

Wak akan berhenti seketika menulis disini untuk menumpukan kepada malakukan ibadat. Ramadhan datang setahun sekali sahaja. Akan terasa rugi jika kita tak merebut peluang yang diberi Alla S.W.T ini kepada hambanya. Dalam bulan ramadhan ini terbahagi kepada 3 bahagian dimana 10 yang pertama adalah kerahmatan dari ALLAH, 10 hari yang kedua adalah ni’mat keampunan dari ALLAH untuk hamba-hambaNYA, dan 10 hari yang terkahir adalah terlepas dari azab neraka.


WAK: Hanya akan menlis jika ada benda yang penting sahaja. JOM NIKMATI RAMADHAN