Wednesday 3 July 2013

Surat Terbuka Dari Insan Insaniah



Assalamualaikum kepada semua dan terima kasih kepada pemilik blog yang sudi untuk megeluarkan artikel saya ini.
Saya terpanggil untuk menulis tentang isu KUIN dan IHSB yang sedang hangat dipermainkan oleh orang yang tak bertanggungjawab.
Untuk pengetahuan semua isu Insaniah Holding SDN BHD (IHSB) adalah isu terbesar dalam isu KUIN. Penubuhan IHSB ini bukan sahaja tidak memberi sebarang keuntungan kepada KUIN tetapi merugikan KUIN. Cukuplah anda semua dok kelentong kepada Dato Seri Azizan Razak. Jangan sampai Dato Paduka Mukhriz pun anda semua nak kelentong lagi. Disebabkan IHSB, KUIN kini menanggung hutang yang cukup besar. Penubuhan anak syarikat ialah untuk membantu menjana kewangan KUIN tetapi apa yang berlaku sangat mendukacitakan. Gaji kakitangan IHSB sepatutnya dibayar oleh IHSB tetapi kenapa ambil wang KUIN untuk bayar gaji? Wang KUIN bermaksud wang terimaan dari Kerajaan Negeri dan wang kutipan yuran pelajar. Kegunaan wang ini ialah untuk kakitangan KUIN dan pelajarnya. Bukan untuk membayar gaji dan hutang-hutang IHSB.
Gaji keseluruhan kakitangan IHSB mencecah lebih daripada RM 1.2 juta sebulan. Ada yang berpendapatan sehingga RM 35,000 sebulan. Apa yang tinggi sangat ni. Hebat sangat ka orang ini sampai dibayar begitu tinggi. Adakah dengan membayar gaji tinggi, orang-orang ini telah membawa masuk keuntunggan kepada IHSB? Jawapannya tidak.
Apa perniagaan yang dijalankan mereka? Dah berapa lama tubuh? Sepatutnya IHSB diberi modal awal oleh KUIN dan mereka kena hidup dan berkembang dengan modal itu dan bukannya ambil dari KUIN setiap bulan. Mana dia ‘incubator center’ yang disebut-sebut oleh CEO INSAN MAYA? Sewaktu awal penubuhan INSAN MAYA tu mereka kata mampu menjana keuntungan berjuta-juta. Tetapi apa yang berlaku? Insan Maya ialah anak syarikat pertama. Ditubuhkan pada tahun 2008 tetapi sehingga kini tak menunjukkan pun jalan perniagaan mereka. Yang disebut cuma Fakulti Multimedia yang sepatutnya dijalankan dibawah KUIN tetapi atas sebab nak lantik orang yang tak layak dan member gaji yang tinggi maka diletakkan dibawah anak syarikat. Anak bekas Rektor Jamil juga berkerja di sini. Mana dia janji Akif, CEO Insan Maya sewaktu meyakinkan Dato Seri Azizan tentang penubuhan anak syarikat?

Itu Insan Maya bagaimana pula Insan System yang diketuai oleh Mansor. Sebagai CEO sepatutnya beliau menumpukan untuk mencari keuntungan tetapi lebih kepada makan balik KUIN. Sistem yang dibangunkan oleh beliau untuk kegunaan kakitangan dan pelajar KUIN sehingga kini belum siap manakala caj pula sudah naik berlipat ganda. Berapa hari beliau ada di pejabat? Tanya Kakitangan dia pun boleh tau. Setakat mai pejabat sekali seminggu macam mana nak untung. Masa lain tu beliau tumpu pada perniagaan sendiri. Jika anda nak tumpu perniagaan sendiri lebih baik tak payah jadi CEO. Jadi ja CEO syarikat sendiri tu.

Insan Fasih pula ditubuhkan dengan menswastakan Pusat Bahasa KUIN. Pusat Bahasa ni kerjanya mengajar bahasa arab dan bahasa inggeris kepada pelajar KUIN. Kenapa nak diswastakan? Adakah kerana nak mudahkan pengambilan kroni dan bayar gaji tinggi kepada mereka? Benda elok dah dalam KUIN. Tak perlu bebankan KUIN termasuk pelajarnya dengan tambahan yuran.

Apa pula motif pembukaan Sekolah Bestari yang diletakkan dibawah Insan Bestari? Untuk menempatkan anak Rektor belajar? Sebuah sekolah ditubuhkan tanpa asas yang kukuh. Kenapa perlu ada sekolah sedangkan di Negara kita sudah cukup sekolah. Adakah kutipan yuran pelajar di sekolah itu cukup untuk membayar gaji kakitangannya sendiri? Tak cukup maka terpaksa ambil dari KUIN. Mudah sahaja perniagaan mereka ini.

Insan Medic ataupun anak emas Rektor pula sewaktu penubuhannya telah dibantah oleh kakitangan dan ditegur oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi kerana KOS untuk mengendalikannya terlalu tinggi. Tetapi Rektor pada masa itu bertegas nak juga buat dan meyakinkan Dato Seri Azizan Razak bahawa ini mampu membawa keuntunggan yang besar kepada KUIN. Tetapi adakah mereka mampu memberi keuntungan besar? Gaji Insan Medic sahaja mencecah hampir setengah juta sebulan. Tu baru gaji. Tak masuk lagi lain-lain perbelanjaan. Ada yang dilantik kemudian terus dapat tawaran sambung belajar ditaja oleh IHSB. Hebat IHSB ni sampai boleh taja kakitangan yang baru masuk untuk sambung belajar. Kalau di KUIN pensyarah terpaksa beratur untuk menunggu nama mereka naik jika nak sambung belajar tetapi IHSB tak payah. Siapa orang ini? Anak orang besar ke? Atau dia ni pelajar perubatan terhebat di Negara ini?

Tak perlu la pihak IHSB menggunakan air mata pekerja dari unit penyelenggaraan untuk menutup kesalahan mereka. Untuk makluman, hampir kesemua pekerja gred rendah dari unit penyelenggaraan itu telah diserap masuk ke KUIN. Nasib mereka dibela oleh KUIN kerana mereka berasal dari KUIN dan sewaktu zaman pemerintahan ‘Hitler Jamil’ mereka dipaksa berpindah ke IHSB. Usaha anda untuk menghasut mereka tak akan berjaya.

Sekian sahaja dari saya untuk isu ini. Sebenarnya banyak lagi yang tersurat dan tersirat dalam IHSB ini. Cukuplah selama ini wang peruntukkan dari Kerajaan Negeri dan kutipan yuran pelajar disalurkan kepada mereka. IHSB PATUT DITUTUP

INSAN INSANIAH

WAK: Tutup IHSB dan serap sahaja kakitangan yang diperlukan ke KUIN. Biarkan Kroni Jamil lari sendiri. JOM SELAMATKAN KUIN