(jawapan paling bodoh dari seorang yang bergelar REKTOR)
Dengan ketiadaan perkakasan yang lengkap seperti mesin X-Ray, pegawai yang betul-betul terlatih dan Doktor yang berpengalaman dalam menjalankan pemeriksaan kesihatan bagaimana kualiti pemeriksaan itu boleh dikatakan yang terbaik. Ini 1 penipuan dari Jamil kepada para pelajar. Jangan hairan jika selepas ini para kakitangan KUIN yang perlu mendapatkan rawatan juga tidak dibenarkan lagi ke klinik panel yang dilantit tetapi diwajibkan ke Klinik Ramli (bukan Hj Ramli Nasi Kandaq yer) dan KKJ(klinik kroni jamil).
Dengan tindakan beliau yang memperlekehkan Hospital Kerajaan (jamil kan pas) dan klinik-klinik lain yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dilihat bakal memakan diri sendiri. Jika selepas ini beliau sakit dan jantungnya perlu dicas semula maka Hospital Kerajaan juga dicarinya. Lepas ni carilah Ramli dan kroni-kroni sendiri ya Jamil.
Isu membebankan pelajar ini dilihat semakin hari semakin banyak. Yuran naik terlalu tinggi. Yuran asrama juga naik. Kos sampingan seperti pemeriksaan kesihatan ini juga dilihat sebagai taktik Jamil untuk mengisi poket yang makin kering. BERTAUBATLAH JAMIL.
WAK: Selepas ini mungkin Jamil akan mengenakan caj baru. Sama-sama kita tunggu dan lihat. Azizan seperti biasa hanya akan mengiyakan sahaja. JOM UBAH KEDAH