Kewangan KUIN kini berada ditahap yang cukup membimbangkan dimana HUTANG tertunggak melebihi RM 1 JUTA dan dijangka mencecah RM 3 JUTA menjelang hujung tahun ini. Ini belum lagi ditambah dengan HUTANG dari INSANIAH HOLDING yang kewangannya diketahui semua hanya bergantung harap kepada KUIN. Gaji, elaun, pengurusan, dan pelbagai perbelanjaan mereka yang lain adalah ditanggung oleh KUIN. Sepatutnya setiap bulan mereka akan menyumbang kepada KUIN tetapi lain pula berlaku kerana setiap bulan KUIN pula terpaksa menyumbang kepada mereka. Gaji sahaja dah mencecah lebih dari RM 1 Juta. Bayangkan pihak INSANIAH HOLDING merompak wang KUIN sebanyak lebih RM 12 JUTA setahun. Ini baru GAJI. Bagaimana dengan lain-lain perbelanjaan?
INSANIAH HOLDING duduk di KUIN seperti mereka ini adalah bos dan KUIN ini ialah KULI mereka. Tak ada duit minta. Yang pening kepala nak cari duit ialah KUIN. Terbaru, wakil INSANIAH HOLDING sendiri berani meminta dari MBI dan mereka pula yang mengatur bila dan berapa yang MBI kena bagi. Tak masuk akal apabila ada peminta sedekah datang ke rumah kita dan menetapkan berapa sedekah yang perlu diberi kepadanya dan bila lagi dia akan datang memungut sedekah itu. Pelik tapi itulah realitinya. Kroni Jamil punya angkara. BERITA KUIN ada menyatakan ISU mereka ke MBI. Tak habis-habis ulang alik MBI.
WAK: Hairan bin Ajaib apabila KUIN tak terlibat dalam Laporan Audit sedangkan KUIN menerima dana Kerajaan Negeri. JOM UBAH KEDAH