Monday, 15 October 2012
Pemandu di KUIN tiada Lesen Memandu yang SAH
Wak sempat menemubual seorang pelajar dari Kampus SP baru-baru ini. Wak jumpa semasa tengah makan. Borak punya borak dia ada mengeluh tentang pensyarah dia tak ada permit mengajar. Wak tanya la dia penting ke permit mengajar itu. Dia menjawab permit mengajar ini adalah seperti lesen kereta. Jika cekap macam mana pun kita memandu tetapi kita tak ada lesen maka kita akan disaman. Ooo. Baru Wak faham maksud disebalik kegusaran pelajar ini. Jika pensyarah itu ditangkap dan disabit bersalah maka kursus mereka itu akan digantung dan mereka juga tak dapat meneruskan pengajian.
Bahaya jika perbuatan ini diketahui oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Para pelajar ini yang akan menjadi mangsa keadaan. Jika hanya seorang yang tidak ada permit mungkin boleh dimaafkan lagi tetapi beliau ada menyebut boleh dikatakan ramai juga yang tak ada permit mengajar ini. Wak tanya dia kenapa tak report KPT. Dia kata tak tahu macam mana nak report. Wak kata kalau Wak yang tolong report dan dia setuju. Maka Wak pun dah dapat kebenaran untuk menulis. Wak akan cari lagi berapa ramai pensyarah KUIN yang tak ada permit mengajar ini dan fakilti mana lagi yang bermasalah sama. Insyaallah Wak akan tolong anda wahai pelajar KUIN.
WAK: Jika kita memandu tak ada lesen menjadi 1 kesalahan besar. Jika pensyarah mengajar tanpa permit pun begitu juga.KPT jangan pandang sebelah mata isu ini. Masalah serius ni.
JOM UBAH KEDAH