Dalam bertempur pasti akan ada ada dimana kita memberi peluang kepada lawan untuk menyerang kita. Ini realiti kehidupan dizaman kini.
Begitulah isu ISLAM dimana ada BUKAN ISLAM lebih pandai mengulas berbanding dengan ISLAM itu sendiri. Wak hairan mengapa manusia seperti ini masih dibiarkan berkuasa. Sepatutnya DSN selaku ketua dalam Barisan Nasional memberi amaran kepada semua bukan Islam didalam BN agak lebih menghormati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa berbincang ataupun mendapatkan nasihat dari orang Islam. Banyak sumber yang mereka boleh rujuk. Sebagai contoh yang Wak boleh berikan ialah Ilmuan Muda Umno.
Setiap hari kami para Blogger yang menyokong BN ini terpaksa menjawab isu yang sepatutnya bukan menjadi isu. Hanya kerana kenyataan-kenyataan mereka ini kami terpaksa berperang tanpa peluru. Chua Soi Lek bukan nama asing didalam politik tanah air. Selaku Presiden MCA, tak sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan yang menyinggung umat Islam di Malaysia. Kenyataannya walaupun bersifat peribadi tetapi akan dilihat sebagai pendapat MCA itu sendiri. Ingat Chua Soi Lek bahawa kami tak pernah pun mengulas tentang ajaran agama anda. Jadi anda pun tak perlu ulas apa-apa tentang agama kami. Jika tak puas hati datang dan bincang. Jangan sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang akhirnya akan u-turn kembali kepada BN. Ingat resepi kejayaan BN itu adalah kerana sikap menghormati sesama parti komponen. Tak Perlu lagi Wak rasa anda mengulasnya.
Ada pesakit yang lebih pandai daripada doktor yang merawatnya.
Ada pelajar yang lebih pandai dari cikgu yang mengajarnya.
Ada buruh yang lebih pandai dari engineer.
Dan jangan lupa bahawa ada CINA lebih pandai dari ISLAM dalam mengulas isu hukumnya.
WAK: U Respect us, We Respect u back. Let's Change Kedah